Analisis: Debut Bersama PSG, Messi Jadi Pemain Paling Menderita

Lionel Messi akhirnya melakukan penampilan pertama bersama Paris Saint-Germain (PSG) pada malam tadi. PSG menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-0 hasil jaringan penyerang berusia 22 tahun Kylian Mbappe.

Tetapi tumpuan dalam perlawanan ini tetap terarah kepada pemain berusia 34 tahun, Lionel Messi yang dimasukkan selepas gol kedua Mbappe dijaringkan.

Tiket perlawanan dijual setinggi €6,000 (RM30,000), dan Reims menjual habis kesemua 20,000 tiket untuk perlawanan yang diadakan di Stade Auguste-Delaune itu. Malah suasana sejak sebelum perlawanan bermula menunjukkan demam “MessiMania” seperti melanda setiap yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Mereka yang mendapatkan tiket pasti sedikit kecewa selepas melihat nama Messi sekadar berada di bangku pemain simpanan pada permulaan perlawanan.

Tepukan gemuruh mulai bergema saat Messi memanaskan badan, dan nama beiau turut dinyanyikan penyokong kedua-dua pasukan. Gempita di seluruh stadium semakin kuat apabila Messi diumumkan memasuki padang menggantikan Neymar.

Tetapi bagaimanakah prestasi pemain itu sepanjang 25 minit aksi tersebut?

Messi lalui debut sukar

Secara keseluruhan Messi boleh dikatakan melalui debut yang sukar bersama PSG. Beliau hanya dimasukkan pada minit ke-65 untuk menggantikan Neymar.

Data dari WhoScored menunjukkan bintang bola sepak Argentina itu telah dilanggar sebanyak tiga kali. Jelas sekali pemain-pemain Reims tidak beri muka kepada Messi, walaupun mereka teruja melihat Messi dan meraikan kedatangannya ke Ligue 1 selepas perlawanan.

Messi dikasari lawan sebanyak 3 kali dalam tempoh 25 minit.

Sebagai perbandingan, Neymar juga dijatuhkan sebanyak tiga kali sepanjang perlawanan. Tetapi pemain Brazil itu beraksi 65 minit berbanding Messi yang hanya beraksi selama 25 minit.

Secara purata, Messi menjadi pemain yang paling kerap dikasari di atas padang dalam perlawanan ini.

Messi sempat melakukans satu terjahan.

Sepanjang aksi selepas dimasukkan oleh pengurus PSG, Mauricio Pochettino, Messi juga masih belum mampu menghasilkan sebarang larian seperti kebiasaann beliau lakukan – dan penyokong mahu saksikan dalam perlawanan ini.

Malah pemain dengan nama jolokan La Pulga itu gagal menggelecek lawan walau sekali pun dalam perlawanan ini.

Messi lebih kerap beraksi di tengah.

Data sama dari WhoScored juga menunjukkan Messi sempat melakukan satu terjahan tepat untuk mematahkan serangan lawan, walaupun beliau turut menjadi mangsa gelecekan penyerang lawan dalam salah satu situasi.

Gagal menghadirkan ancaman ke dalam kotak penalti lawan dan lebih kerap berada di tengah padang, Messi juga tidak berjaya mendaftar satu percubaan pun sepanjang tempoh 25 minit tersebut.

Rumusan

Ianya mungkin kurang adil untuk menilai prestasi keseluruhan seorang pemain berdasarkan hanya 25 minit perlawanan.

Di dalam kes Messi, pemain itu sendiri sudah tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan sejak sebulan yang lalu.

Perlawanan menentang Reims ini adalah perlawanan pertama Messi sejak kejohanan Copa America bersama Argentina pada Julai lalu.

Selain itu harus diambil kira juga ialah persekitaran dan rakan sepasukan yang baharu buat Messi – yang sudah tentu mengambil sedikit masa untuk pemain itu menyesuaikan diri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN