Analisis: Berapa Harga Yang Perlu Dibayar Penyokong Untuk Melihat Gol Di Liga Super?

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, membayar maksimum RM30 untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Super boleh menjadi beban kepada sesetengah penyokong.

Jika pasukan mereka bermain dengan cemerlang, mungkin wang yang mereka laburkan untuk menyokong pasukan dianggap berbaloi.

Jadi anda boleh bayangkan kekecewaan penyokong apabila pasukan mereka bermain buruk dan jarang-jarang menjaringkan gol pula. Besar kemungkinan mereka akan rasa keberatan untuk membayar jika persembahan buruk yang disajikan oleh pasukan.

Dalam artikel ini, saya menganalisis berapa harga yang perlu dikeluarkan oleh penyokong ketika kempen Liga Super 2015 untuk:

  • melihat pasukan sokongannya menjaringkan gol
  • melihat gol dijaringkan di stadium yang dihadirinya

Bagaimana analisis dilakukan?

1) Harga purata tiket sebanyak RM20 digunakan dalam analisis

Harga tiket setiap stadium tidak tetap dan berbeza-beza. Sebagai contoh di Stadium Sarawak, harga tiket untuk grandstand adalah RM35, teres berbumbung RM25 dan teres terbuka RM15.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, harga tiket untuk astaka utama pula adalah RM20, teres berbumbung RM15 dan teres terbuka RM10 (sumber).

Harga purata tiket dikira dengan secara berikut:

hargatiket2

2) Menganggap data keputusan perlawanan Liga Super 2015 yang diambil daripada dalam artikel Wikipedia ini tepat

Berapa harga yang perlu dibayar oleh penyokong untuk melihat pasukan sokongannya menjaringkan gol?

Cara pengiraan:

Dengan menganggap ada penyokong yang pergi ke semua 11 perlawanan home dan 11 perlawanan away pasukan sokongannya, harga yang perlu dibayar oleh penyokong tersebut untuk melihat pasukan sokongannya menjaringkan gol dikira mengikut formula berikut:

hargatiket3

Contoh pengiraan:

hargatiket4

Keputusan analisis (semakin rendah harga, semakin bagus):

[table]
Nama pasukan,Harga yang perlu dibayar oleh penyokong
Pahang,RM10.23
Selangor,RM10.23
PDRM,RM10.48
Terengganu,RM11.00
JDT,RM12.22
Felda United,RM12.22
LionsXII,RM12.22
Kelantan,RM12.94
Perak,RM13.75
Sarawak,RM15.71
ATM,RM20.95
Sime Darby,RM22.00
[/table]

Seperti yang dapat kita lihat dalam jadual di atas, penyokong Pahang dan Selangor merupakan penyokong yang membayar harga paling murah untuk melihat pasukan mereka menjaringkan gol.

Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my
Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my

Dengan 43 gol sepanjang musim Liga Super 2015, penyokong Pahang dan Selangor hanya perlu mengeluarkan RM10.23 untuk melihat pasukan mereka menjaringkan 1 gol.

Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my
Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my

Jumlah ini nampak kecil jika dibandingkan dengan harga yang perlu dibayar oleh penyokong Sime Darby yang perlu membayar RM22 untuk melihat pasukan mereka menjaringkan gol.

Berapa harga yang perlu dibayar oleh penyokong untuk melihat gol di stadium yang dihadirinya?

Analisis ini dibuat untuk mencari stadium manakah yang paling berbaloi untuk bagi penonton neutral yang hanya mahu melihat banyak gol dijaringkan di stadium yang dihadirinya.

Cara pengiraan:

Dengan menganggap ada penonton yang pergi ke semua 11 perlawanan di sesebuah stadium yang spesifik, harga yang perlu dibayar oleh penonton tersebut untuk melihat gol dikira mengikut formula berikut:

hargatiket5

Contoh pengiraan:

hargatiket6

Keputusan analisis (semakin rendah harga, semakin bagus):

[table]
Nama stadium,Harga yang perlu dibayar oleh penyokong
Sarawak (Stadium Sarawak),RM5.50
Perak (Stadium Perak),RM5.64
PDRM (Stadium Shah Alam),RM5.64
Kelantan (Stadium Sultan Mohammad IV),RM5.79
FELDA United (Stadium Selayang),RM6.11
Pahang (Stadium Darul Makmur),RM6.11
LionsXII (Stadium Jalan Besar),RM6.29
Terengganu (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin),RM6.29
Sime Darby (Stadium Selayang),RM6.47
Selangor (Stadium Shah Alam),RM6.67
JDT (Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos),RM6.88
ATM (Stadium Tuanku Abdul Rahman),RM7.33
[/table]

Penemuan yang paling mengejutkan dalam analisis ini adalah fakta bahawa Stadium Sarawak sebagai stadium paling berbaloi untuk dihadiri oleh penonton neutral yang mahu melihat gol.

Pengunjung Stadium Sarawak hanya perlu membayar RM5.50 untuk melihat gol.

Sumber: Facebook Sarawak Football Team
Sumber: Facebook Sarawak Football Team

Penyokong Sarawak mungkin tak suka dengan fakta ini. Ia hanya menunjukkan bahawa halaman mereka adalah lubuk gol untuk pasukan pelawat. Ini kerana kebanyakan gol yang dijaringkan di sini datang dari pasukan pelawat.

Stadium Tuanku Abdul Rahman, yang merupakan halaman ATM pada musim lepas, pula merupakan stadium paling tidak berbaloi bagi penyokong neutral untuk melihat gol.

Berbanding pengunjung Stadium Sarawak, pengunjung Stadium Tuanku Abdul Rahman perlu membayar 33.33% lebih hanya untuk melihat satu gol dijaringkan.

Kesimpulan

Berdasarkan data Liga Super 2015, penyokong Pahang dan Selangor merupakan kumpulan penyokong yang paling beruntung kerana dapat membayar harga paling murah untuk melihat pasukan sokongan mereka menjaringkan gol.

Dari segi stadium yang paling berbaloi untuk dihadiri oleh penonton neutral, pengunjung Stadium Sarawak paling beruntung kerana dapat membayar harga paling murah untuk melihat gol dijaringkan.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Mohd. Firdaus Ibrahim. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: Analisis Jumlah Pemain Muda Dalam Liga Super Dan Liga Perdana Musim 2015

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN