Analisis: Belajar Dari Jepun Cara Bermain Perlawanan Persahabatan

Saya berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung di antara Jepun dan Brazil. Dalam perlawanan tersebut, Brazil menang 1-3.

Awalnya saya ingin membentangkan analisis perlawanan untuk perlawanan tersebut. Tetapi saya melihat ada lagi aspek yang lain yang harus digariskan iaitu cara pengurus Jepun mengendalikan perlawanan persahabatan.

Saya agak hairan dengan Jepun yang berkali-kali didedahkan oleh Brazil kelemahan mereka ketika bertahan di dalam kotak penalti. Setiap kali Brazil akses ke kotak penalti mereka akan mencetuskan kemungkinan gol yang tinggi.

Brazil mendahului 3-0 dan anda pasti akan menjangkakan Brazil akan menang mudah 3 atau 6 gol dalam perlawanan ini.

Membaca apa yang jurulatih Jepun buat?

Baiklah, kenapa mereka tidak panik untuk memperbaiki aspek bertahan dalam kotak penalti?

Jawapannya ialah, kerana mereka mahu fokus kepada aspek ataupun matlamat utama mereka dalam perlawanan ini. Saya tidak tahu apa yang dirancang oleh Vahid Halilhodzic.

Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Brazil. Jadi inilah peluang untuk mereka melakukan ujian ataupun ‘test’ kepada sistem permainan mereka.

Jepun meletakkan satu matlamat yang jelas untuk menguji sejauh mana sistem high pressing mereka berfungsi. Jadi penekanan sepanjang separuh masa pertama adalah counter-pressing di zon pertahanan Brazil.

Berlaku kelemahan yang jelas ketika mereka bertahan di dalam kotak penalti. Tetapi pengurus mereka tidak menjerit meminta pemain beliau memperbaiki isu itu dahulu.

Matlamat mereka pada 45 minit pertama adalah counter-pressing. Adakah mereka mampu untuk menyusahkan pasukan yang bermain hantaran rendah dari belakang untuk binaan serangan?

Brazil memiliki unit pemain yang semuanya selesa dengan bola di kaki. Jepun bermula dengan cuba mendapatkan tempo dengan settling down process pada 10 minit pertama.

Ini salah satu contoh mereka mulai mendapatkan ‘shape’ yang mereka kehendaki.

Ini adalah struktur mereka yang jelas dalam disiplin. Sudah ada tanda-tanda pemain cuba melakukan tekanan tinggi tetapi mereka kembali semula ke formasi lebih toleran dengan gerakan Brazil.

Seterusnya adalah fokus untuk memutuskan sumber daripada Marcelo kepada Neymar. Jika anda perasan, Marcelo diberikan masalah besar dalam perlawanan ini untuk kekal di garisan tinggi.

Marcelo terpaksa turun ke bawah untuk menerima bola kerana tekanan oleh pemain Jepun.

Idea ini berjaya dan impak Marcelo dari segi penglibatan sehingga ke byline sangat minima dalam perlawanan ini. Marcelo berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti.

Lihat contoh di bawah ini bagaimana mereka menekan pemain Brazil dengan counter-pressing dan berjaya memenangi bola di garisan tinggi.  Kejayaan merampas bola itu dikira satu misi lengkap dari segi aspek high pressing.

Gambar di bawah ini mirip gambar di atas bukan? Jadi itu yang dimaksudkan sistem yang jelas.

Rumusan cara pengendalian taktikal Jepun

Apa yang dapat dirumuskan adalah, jurulatih Jepun mahu memastikan 1 aspek dipraktikkan dalam perlawanan sebenar menentang lawan seperti Brazil.

Sudah pastilah Brazil lawan terbaik untuk test power aspek counter-pressing, bak kata orang kita. Selepas ini mereka akan membuat penilaian (evaluasi) kejayaan aspek itu, yang saya rasa ia lulus.

Kemudian barulah fikir untuk penambahbaikan dan pembetulan di pusat latihan. Ada beberapa aspek dalam counter pressing akan digariskan untuk diperbaiki.

Seterusnya adalah aspek bertahan di dalam kotak penalti. Mereka membuatkan skop yang besar ini dikecilkan dalam satu perlawanan.

Jika anda hanya melihat jaringan gol pada separuh masa pertama, anda akan rasakan Jepun bermain dengan hancur.

Bukan setiap minggu dapat lawan Brazil. Kenapa pengurus Jepun tak panik dengan bolos 3 gol itu? Kerana beliau menilai aspek counterpressing sebagai matlamat utama mereka dalam 45 minit pertama.

Apabila hilang bola mereka akan cepat-cepat cuba memberikan tekanan.

3 bolos Jepun, 1 daripada kesilapan pertahanan yang menyebabkan penalti. Gol kedua itu sukar untuk menyalahkan sistem, ia adalah dilakukan dengan teknikal individu yang tinggi oleh Marcelo.

Gol ke-3 adalah hilang tumpuan dengan asakan berterusan dengan hantaran pantas.

Pada separuh masa kedua, Jepun tampil dengan permainan biasa mereka. Dan memberikan lebih saingan kepada Brazil. Hasilnya, Brazil gagal menjaringkan sebarang gol dan Jepun banyak mengasak.

Apa yang boleh kita pelajari

Apa yang boleh kita pelajari adalah, jurulatih mereka tahu apa aspek yang beliau mahukan dalam perlawanan persahabatan kali ini.

Seterusnya, mereka menggariskan isu yang mereka lemah dan fokus untuk penambahbaikan pada separuh masa kedua. Secara taktikal Jepun kompetitif dalam perlawanan menentang pasukan seperti Brazil.

Dalam pra musim yang lalu, Jose Mourinho mendedahkan, aspek yang mereka nilai adalah kecergasan dan larian pemain. Pasti anda perasan berapa banyak Lukaku berlari dalam perlawanan pra musim.

Jadi, untuk jurulatih kita di Malaysia, aspek ini boleh diaplikasikan dalam perlawanan pra-musim. Letakkan satu atau beberapa matlamat secara taktikal. Buat penilaian.

Kebanyakan pasukan negara kita lebih banggakan keputusan menang pada pra musim sedangkan aspek taktika dan teknikal hancur!

Kenalpasti apa yang kita boleh uji dalam perlawanan menentang lawan kita. Jika lawan itu adalah pasukan yang fizikal, kita fokus kepada aspek duel di udara dan mengeluarkan bola tinggi.

Semua orang mahu menang dalam setiap perlawanan tetapi dalam perlawanan persahabatan atu pra musim ada aspek lain yang lebih penting. Jika menang dan misi dicapai barulah dikira menang dengan sempurna.

Jika anda berkesempatan menyaksikan semula perlawanan Jepun vs Brazil ini, silalah. Ataupun anda boleh cari ulangan perlawanan di internet.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN