ANALISIS: Bagaimana Kecederaan Shane Lowry Mampu Menggugat Organisasi Serangan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa membayar harga yang mahal selepas menewaskan Kedah Darul Aman 3-1 di Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super ekoran kecederaan serius yang menimpa tonggak pertahanan mereka, Shane Lowry akibat pelanggaran dengan pemain lawan.

Kecederaan tersebut memerlukan pemain berasal daripada Australia tersebut untuk menjalani pembedahan, dan meski pun tidak dinyatakan secara rasmi berapa lama beliau terpaksa disisihkan, situasi ini sedikit sebanyak mampu menggusarkan JDT, terutama dalam menghadapi kempen Piala Malaysia yang akan bermula Oktober ini.

Dalam analisis kali ini, kami akan berkongsikan bagaimana kecederaan Shane Lowry bakal memberi kesan kepada organisasi serangan JDT.

Hantaran Progresif

Lowry memainkan peranan penting ketika JDT memperoleh penguasaan bola dan berada dalam fasa serangan, dimana kemampuannya untuk bermain sebagai ‘ball-playing centre-backs’ membolehkan Harimau Selatan melakukan hantaran progresif bagi membelah pertahanan lawan.

Peranan yang dimainkan oleh Lowry ini membawa nilai tambah buat JDT dalam mengeksploitasi organisasi bertahan pihak lawan yang bertahan secara ‘mid-blocks’, serta ‘low-blocks’.

Situasi diatas menunjukkan bagaimana satu hantaran progresif daripada Lowry mampu menewaskan enam pemain lawan, sekali gus membolehkan JDT mencipta situasi 2v1 menerusi Akhyar Rasyid dan Afiq Fazail.

Tindakan pemain lawan yang keluar memberi tekanan kepada pihak lawan menyebabkan ruang di belakang barisan pertahanan lawan terbuka, dan Afiq bijak menghidu ruang tersebut sejurus Akhyar menerima hantaran daripada Lowry.

Namun sayangnya ‘flicks’ yang dilakukan Akhyar tidak menjadi.

Gambar di atas merupakan satu lagi contoh hantaran progresif yang dilakukan Lowry kepada Leandro Velazquez yang berupaya menewaskan enam orang pemain lawan.

Kedudukan Velazquez yang berada di antara pemain serangan dan tengah lawan (space in between the lines) membolehkannya menerima hantaran tanpa sebarang tekanan.

Ia sekali gus membolehkannya membuat hantaran susulan kepada Matthew Davies yang menyediakan larian sokongan.

Ketika Davies meneruskan larian beliau, JDT berada di kedudukan serangan yang baik.

Diakhiri dengan percubaan mengenai sasaran daripada Akhyar.

Hantaran Pemotong Garisan (Lines Breaking Passes) 

Lowry juga berkemampuan membuat satu hantaran ke ruang di belakang barisan pertahanan lawan dengan ketepatan yang tinggi serta berkualiti.

Keupayaan melakukan hantaran pepenjuru (diagonal) ini membolehkan JDT memotong garisan pertahanan lawan dengan pantas.

Menerusi situasi di atas, JDT menghadapi kesukaran untuk memasuki bahagian tengah berikutan organisasi pertahanan lawan yang disusun secara kompak.

Selepas beberapa siri hantaran pendek, Velazquez melakukan hantaran kepada Lowry yang mempunyai ruang dan masa yang mencukupi.

Untuk melakukan hantaran terus ke ruang di belakang pemain pertahanan lawan.

Hantaran tersebut berjaya menemui Arif Aiman, sekaligus mengasingkan dirinya dalam situasi 1v1 bersama bek sayap lawan.

Kualiti yang dimiliki oleh Arif dalam situasi 1v1 membolehkan hantaran ‘cut-back’ dilakukan ke arah ruang yang terbuka, di mana Bergson da Silva ketika ini telah memulakan lariannya untuk menyerang ruang tersebut.

Ia sekali gus membantu Bergson menjaringkan gol.

Larian Pemotong Garisan (Lines breaking run)

Lowry juga tidak teragak-agak untuk menyerang sebarang ruang terbuka di hadapannya dengan larian progresif bersama bola untuk membelah pertahanan lawan.

Situasi di atas menunjukkan bagaimana Lowry membuat larian progresif ke arah ruang.

Sebelum melakukan ‘switching play’ kepada Arif  yang bersedia di bahagian sisi padang.

Organisasi ini meletakkan JDT berada dalam kedudukan terbaik untuk melakukan serangan merbahaya.

Ketenangan serta kalis tekanan

Lowry juga mampu melakukan hantaran progresif, mahu pun hantaran pemotong garisan meski pun menerima tekanan daripada pihak lawan.

Menerusi situasi di atas, meski pun menerima tekanan daripada pemain lawan, Lowry masih mampu melakukan hantaran pepenjuru ke kawasan sisi padang.

Ketepatan hantaran tersebut berjaya menemui Arif.

Sekaligus meletakkan JDT berada dalam kedudukan yang baik ketika melakukan serangan.

Ini adalah satu lagi contoh di mana Lowry menerima tekanan daripada pemain lawan.

Namun masih berkemampuan untuk melakukan hantaran kepada Bergson, yang kemudiannya melakukan kombonasi permainan bersama Velazquez.

Sekali gus membolehkan Velazquez melakukan hantaran kepada Davies yang mempunyai ruang yang besar di hadapannya.

Sekali gus meletakkan JDT sekali lagi berada dalam kedudukan terbaik ketika menyerang, di mana Davies mempunyai beberapa opsyen hantaran.

Gerakan ini berakhir dengan tandukan tepat daripada Syafiq Ahmad, namun berjaya ditangkap penjaga gol lawan.

Tekanan di kawasan ‘middle-third’

JDT kerap kali mendominasi perlawanan dengan bermain di garisan tinggi.

Maka perlu ada organisasi bertahan yang ideal bagi menghentikan sebarang peluang serangan balas daripada pihak lawan.

Lowry mampu menawarkan khidmat ini apabila beliau kerap memberi tekanan ke atas pemain lawan setiap kali transisi permainan berlaku.

Ia sekali gus membantu pasukannya menghentikan serangan balas pihak lawan dan memperoleh semula penguasaan bola.

Menerusi situasi diatas, pemain lawan berjaya melakukan pintasan terhadapa hantaran yang dilakukan oleh JDT.

Namun Lowry dengan pantas memberi tekanan terhadap pemain lawan bagi mengelakkan dirinya melakukan pusingan badan, serta memaksa pemain lawan melakukan sebarang hantaran yang terburu-buru atau melakukan kesilapan hantaran.

Organisasi ini membolehkan JDT memperoleh semula penguasaan bola setelah Akhyar dikasari.

Ini adalah satu lagi contoh tekana di ‘middle-thirds’ yang dilakukan oleh Lowry.

Sebaik sahaja pemain lawan cuba melakukan serangan balas, Lowry dengan pantas mengenakan tekanan terhadap pemain lawan yang bakal menerima hantaran bola.

Dan Lowry dengan pantas melakukan hantaran kepada rakan sepasukan sebaik memperoleh semula penguasaan bola.

Sekali gus meletakkan JDT kembali berada dalam fasa serangan.

Kecederaan yang melanda Lowry ini sedikit sebanyak akan menjejaskan organisasi serangan JDT, namun mungkin ini peluang terbaik untuk pemain lain tampil ke hadapan untuk menggalas tugasan yang dipikul beliau selama ini.

Mungkin Feroz Baharudin yang cemerlang bersama JDT II musim ini boleh dipanggil untuk mengumpul minit permainan serta pendedahan bermain di perlawanan berintensiti tinggi, dan berprestij seperti Piala Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN