Analisis: Antara Realiti Atau Fantasi, Peluang Wan Kuzain Sarung Jersi Harimau Malaya?

wan kuzain malaysia b-22 2019 sukan sea

Ciapan pemain berdarah Malaysia yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal semalam nyata menerima pelbagai respon daripada netizen.

Pemain yang kini sedang beraksi bersama Rio Grande Valley FC di Amerika Syarikat itu dilihat meninggalkan emoji ‘thinking face’ kepada perkhabaran pemain ke-26 skuad negara, Dion Cools. Adakah beliau kembali berminat untuk bersama Harimau Malaya?

Untuk rekod, beliau pernah kembali ke tanah air untuk bersama skuad B-22 negara sebagai persediaan ke Sukan SEA 2019, namun masalah dokumentasi menyekat hasratnya. Begitupun, ketika itu dikatakan beliau hanya mahu bersama skuad muda.

Apa respon FAM?

Selain netizen, turut sama memberikan respon adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka dalam menerima mana-mana pemain naturalisasi, kacukan atau warisan.

Ujar Hamidin ketika meninjau sesi latihan skuad negara, “Masih banyak lagi pemain [berdarah kacukan dan warisan], mungkin Wan Kuzain yang kita dapat tahu hari ini [semalam] ada tweet dalam Twitter-nya macam berminat [sertai skuad kebangsaan].”

“Kita pun pernah follow up sebelum ini, pada setahun dua tahun lepas. Bagi kita mana-mana pemain yang berkualiti, kita sedia menerima untuk beri peluang kepada coach memilih [mereka] ke skuad kebangsaan,” jelas Hamidin lagi mengenai Wan Kuzain.

Sebagaimana Dion Cools, FAM sentiasa mengikuti pemain-pemain yang berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan. Hamidin menjelaskan proses untuk menjadikan penyertaan Dion Cools sebagai realiti adalah selepas dua tahun mengikutinya.

Benarkah Wan Kuzain berminat?

Satu emoji tanpa sebarang kata boleh membawa pelbagai makna. Begitu juga dengan emoji yang ditinggalkan Wan Kuzain tersebut. Tiada kepastian sama ada beliau sudah tertarik untuk kembali atau cuma berkongsi perasaannya selepas perkhabaran itu.

Sebagai seorang pemain yang beraksi di pentas UEFA Champions League bersama FC Midtjylland, reputasi yang dibawa masuk Dion Cools amatlah besar. Beliau kini menjadi pemain termahal dalam skuad Harimau Malaya dan mungkin rantau Asia Tenggara.

Ini mungkin memberi erti lain kepada skuad kebangsaan. Tidak pelik jika selepas ini, ada lagi pemain sebegini mampu dibawa pulang oleh FAM untuk bersama skuad kebangsaan termasuklah Wan Kuzain yang juga ada reputasinya yang tersendiri.

Hanya Wan Kuzain yang tahu apa maksud disebalik emojinya itu. Tidak mustahil beliau tertarik kerana skuad negara kini sudah ramai pemain kacukan dan naturalisasi. Ini kerana, faktor komunikasi juga penting supaya beliau tidak akan rasa terasing.

Harimau Malaya perlukannya?

Sebagaimana tegasan daripada Presiden FAM, Malaysia terbuka menerima pemain-pemain berkualiti yang mahu menabur bakti. Jika dilihat di dalam skuad kebangsaan ketika ini, tiada pemain yang seperti Wan Kuzain dari segi peranannya dalam padang.

Sangat efektif bergerak sebagai pemain nombor 10 atau playmaker, skuad negara banyak menyandarkan harapan ketika ini kepada Brendan Gan yang diketahui lebih baik di posisi nombor 8. Liridon Krasniqi juga bukanlah pemain nombor 10.

Beliau pernah menjelaskan yang beliau boleh bermain di tiga posisi di tengah kepada media sebelum ini. Ujarnya, “Saya boleh bermain peranan [nombor] 6, 8 ataupun 10. Saya selesa dengan kesemua posisi tersebut dan juga sebagai pemain tengah.”

Wan Kuzain boleh dikelaskan sebagai multi-function midfielder, tipikal pemain tengah yang lebih bebas seperti di Sepanyol. Misalnya Xavi Hernandez. Kita bukan berkata beliau persis Xavi Hernandez, tetapi lebih kepada jenis permainan yang dimilikinya.

https://twitter.com/naqiuddinjohari/status/1399761704376930304

Cabaran jika memilih Amerika Syarikat

Siapa yang tidak mahu mewakili negara yang konsisten layak ke Piala Dunia (kecuali edisi 2018), jika peluang itu ada. Wan Kuzain ketika ini berusia 22 tahun dan tentunya masih berharap untuk dipanggil bersama skuad kendalian Gregg Berhalter.

Seperti Dion Cools sebelum ini, selepas dua tahun cuba dipancing Harimau Malaya, pada usianya yang bakal menginjak ke usia 25 tahun pada 4 Jun ini, barulah beliau bersetuju menyarung jersi skuad kebangsaan di saingan kelayakan Piala Dunia.

Bukan pemain-pemain ini tidak sudi bersama skuad negara, tetapi mereka merasakan ketika itu mereka ada peluang untuk menyertai sebuah lagi negara yang boleh mereka wakili, yang jelas berkedudukan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Malaysia.

Apabila pintu buat mereka nanti dilihat sudah kian tertutup, diharapkan masih tidak terlewat untuk kita. ‘Kolam pemain’ di Amerika Syarikat bukanlah kecil tetapi sebagai pemain yang pernah berada dalam skuad B-17 mereka, Wan Kuzain masih berharap.

Cabaran jika kembali ke skuad kebangsaan

Sedar atau tidak, cabarannya untuk bersama Amerika Syarikat juga amat sukar, namun untuk skuad negara juga apa kurangnya. Dengan FAM dalam misi untuk menaturalisasi beberapa pemain dalam tempoh beberapa tahun ini, bagaimana peluangnya?

Dua calon naturalisasi yang boleh membuatnya dirinya tersisih dan tersungkur, jika mahu kembali di masa akan datang adalah Romel Morales dan Endrick dos Santos.

Kedua-dua pemain ini sangat cemerlang dan masih boleh untuk dinaturalisasikan. Romel Morales kini berusia 23 tahun, sementara Endrick pula berusia 26 tahun dan mereka berbaki setahun sebelum boleh dipertimbangkan kerakyatan Malaysia.

Kedua-dua pemain cemerlang sebagai nombor 10 untuk pasukan masing-masing. Romel Morales ketika ini banyak digunakan sebagai penyerang buat KL City FC, sementara Endrick pula diketahui sangat berkesan sebagai playmaker di Penang FC.

Realiti atau fantasi

Seperti bait lirik lagu Realiti dan Fantasi dendangan Crossfire, ‘Kita sering dibatasi, realiti dan fantasi’, jelas kita sentiasa berada di antara keduanya. Realitinya, Dion Cools sudah menjadi pemain skuad kebangsaan dan Wan Kuzain masih di fantasi kita.

Tidak salah untuk berada di antara keduanya, tetapi realiti lebih signifikan. Peluang Wan Kuzain masih terbentang luas untuk bersama Malaysia jika beliau mahu kembali. Malaysia memerlukan pemain sepertinya, jika kita terus kemarau pemain nombor 10.

Jadi, tidak perlu kita menjatuhkan hukuman untuk menyatakan beliau tidak perlu lagi dipanggil kerana kita tidak tahu apa yang menanti di masa akan datang. Jika kini kita menghentam pilihannya dan satu masa nanti beliau kembali, apa perasaan kita?

Baca lagi artikel lain mengenai Wan Kuzain dan skuad kebangsaan:

Wan Kuzain Beri Emoji Misteri Selepas FAM Umum Dion Cools

Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta ‘Penetrating Pass’

Beberapa Pemain ‘Meletup’, Cheng Hoe Nasihat Jaga Emosi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN