Analisis: Afiq Fazail Dan Akhyar Rashid vs Mongolia, Prospek Menyakinkan

Di sebalik segala berita panas di kem skuad kebangsaan ketika ini, kami bawakan antara perkara positif daripada perlawanan Malaysia vs Mongolia.

2 pemain yang berada dalam prestasi yang agak baik dalam perlawanan tersebut iaitu Afiq Fazail dan juga Akhyar Rashid.

Peranan di dalam pasukan

Afiq Fazail adalah versi no.6 pemusnah (destroyer) yang hanya bertahan dengan kawalan ruang dan bertindak pada masa yang tepat. Sebelum ini kami ada menulis aspek permainan yang sama pada Amirul Hisyam ketika revolusi taktikal Tan Cheng Hoe di Kedah.

Dengan prestasi Amirul Hisyam yang agak terumbang ambing selepas beberapa siri kecederaan, kehadiran pemain seperti Afiq Fazail antara aspek penting dalam taktikal Tan Cheng Hoe, terutama sekali pemain seperti Azam Azih dalam senarai kecederaan.

Dalam perlawanan menentang Mongolia, Afiq Fazail digandingkan sebagai 6 berkembar (double sixes) dengan Natxo Insa dalam formasi 4-2-3-1.

Beliau memberikan kestabilan kepada pasukan dan juga memberikan lesen kepada Natxo untuk membentuk 8 kembar (double 8) dengan Safiq Rahim dalam keadaan tertentu.

Apabila Natxo turun menjadi bek separa, Afiq akan memberikan sokongan di tengah untuk memastikan jaringan (network) antara pemain itu sentiasa wujud.

Jadi, beliau memberikan stabiliti dalam sistem serta berjaya untuk berkawal (holding) di garisan tengah pertahanan dengan baik.

Seterusnya, Akhyar Rashid pula tipikal pemain sayap bukannya pemain sisi (side midfielder). Kehadiran dalam padang memberikan dinamik kepada pasukan terutama sekali ketika bola di kaki beliau.

Kekuatan utama pemain ini adalah keyakinan untuk beraksi dalam perlawanan peringkat tinggi seperti ini.

Beliau telah menjadi kunci utama untuk memecahkan blok pertahanan Mongolia dan memberikan impak yang sangat ketara sebaik sahaja menggantikan Mahali Jasuli.

Beza beliau dengan Mahali adalah, Mahali lebih kepada pemain sisi yang klasik dan lebih kepada pembekal bola. Akhyar pula lebih kepada pemain sayap serangan yang lebih berkeupayaan untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti.

Pemain ini antara pemain terbaik Malaysia dalam Piala Asia B-23 yang lalu. Pastinya penyokong Kedah mengharapkan aksi yang sama selepas ini di dalam pasukan mereka.

Beliau antara pemain istimewa yang berjaya melakukan gol dalam penampilan debut bersama skuad senior.

Aspek yang harus diperkuatkan

Untuk Afiq Fazail kami melihat pemain ini perlu meningkatkan kemampuan beliau dalam aspek merancang permainan dari bawah (playmaking from deep).

Beliau perlu meningkatkan lagi aspek visi, kualiti dan variasi hantaran beliau untuk menjadikan beliau pemain deep lying playmaker yang padu.

Dalam bola sepak moden hari ini, seorang pemain no.6 tidak semestinya bermain dengan keras untuk sentiasa melakukan kerja kotor (dirty works) di dalam padang dan mematikan bola.

Bagi Akhyar Rashid pula, beliau memiliki kemampuan untuk menggelecek masuk ke dalam kotak penalti. Oleh itu beliau harus meningkatkan lagi keupayaan untuk membuat keputusan lebih cepat bagi membantu aspek kreativiti.

Seterunya adalah aspek percubaan ke arah gol sebagai seorang pemain sayap serangan. Sudah pastinya kamu mahu pemain ini dibangunkan sebagai inverted winger yang prolifik.

Prospek

2 pemain ini pastinya menjadi prospek yang baik untuk negara kita. Latihan dan program pembangunan berterusan pastinya akan menjadi sandaran utama untuk 2 pemain ini.

Kami mengharapkan 2 nama ini akan menjadi tunjang dalam pasukan Malaysia untuk generasi selepas ini terutama sekali pada era Tan Cheng Hoe. Selamat maju jaya kepada 2 pemain muda ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN