Analisis 7 Penalti Terakhir Sergio Ramos: Apa Yang Srna Beritahu Kepada Subasic?

Dalam perlawanan yang sepatutnya dimenangi Sepanyol, ia berakhir dengan kemenangan mengejut Croatia.

Croatia menewaskan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan D Piala Eropah 2016 untuk muncul juara kumpulan dan mengelak bertemu Itali dalam peringkat 16 pasukan terakhir.

Jangan salah sangka, Croatia masih sebuah pasukan yang kuat.

Tetapi ketika menentang Sepanyol awal pagi tadi, mereka turun tanpa 5 pemain kesebelasan utama – Domagoj Vida, Luka Modrić, Marcelo Brozović, Mario Mandžukić dan Ivan Strinić.

Sepanyol pula menurunkan kesebelasan utama mereka yang menewaskan Republik Czech dan Turki dalam 2 perlawanan awal kumpulan D.

Sepanyol merosot selepas gol pendahuluan

Sepanyol memulakan perlawanan dengan baik apabila mendahului Croatia seawal minit ke-7 melalui gol Alvaro Morata.

Bagaimanapun selepas itu mereka mula mempamerkan kelekaan (complacency) dengan Sergio Ramos dan David de Gea masing-masing menghadiahkan peluang kepada Croatia.

Keazaman Croatia akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Nikola Kalinic mudah melepasi kawalan longgar Ramos untuk menyudahkan hantaran lintang Ivan Perisic.

Ramos mempunyai peluang untuk mengembalikan pendahuluan Sepanyol apabila dihadiahkan penalti. Tetapi beliau gagal menyempurnakannya.

Kegagalan tersebut kemudiannya dihukum oleh Perisic yang memanfaatkan serangan balas di sayap kiri sebelum memalukan de Gea dengan gol near post.

Penalti Ramos: kebetulan atau kajian?

Satu aspek yang kami mahu fokus dalam artikel ini adalah bibit-bibit menarik sebelum Ramos mengambil penalti untuk Sepanyol.

Sebelum Ramos mengambil penalti, kapten Croatia, Darijo Srna dilihat menerima arahan dari tepi padang sebelum menyampaikannya kepada penjaga gol, Danijel Subasic.

Generated by  IJG JPEG Library

Sejurus mendengar kata-kata Srna, Subasic tersenyum – seperti pelajar licik yang sudah mengetahui jawapan sebelum soalan peperiksaan keluar.

Apabila Ramos mengambil penalti, Subasic kekal berada di tengah dan berjaya menyelamatkan penalti tersebut.

Pengadil sepatutnya mengarahkan sepakan penalti tersebut diambil semula kerana Subasic berada 3 ela di depan garisan gol. Tetapi kredit perlu diberikan kepada Subasic kerana berjaya meneka posisi sepakan Ramos dengan tepat.

Ini membuatkan kami tertanya-tanya – apakah yang dibisikkan oleh Srna kepada Subasic?

Analisis 7 penalti terakhir Ramos

Sebelum kami berspekulasi mengenai bisikan Srna kepada Subasic, mari kita lihat 7 penalti terakhir yang diambil oleh Sergio Ramos untuk melihat jika kita boleh meneka arah sepakan penaltinya.

Tarikh: 20 November 2010
Perlawanan: Real Madrid 5-1 Athletic Bilbao, La Liga musim 2010/2011
Penalti berjaya?: Ya
Cara dan arah sepakan penalti: Sepakan kencang, tengah kiri dan tinggi

Tarikh: 25 April 2012
Perlawanan: Real Madrid 2-1 Bayern Munich (agregat 3-3, Madrid kalah penalti 1-3), Separuh akhir UEFA Champions League 2011/2012
Penalti berjaya?: Tidak
Cara dan arah sepakan penalti: Sepakan kencang, tengah dan tinggi melewati palang

Tarikh: 27 Jun 2012
Perlawanan: Sepanyol 0-0 Portugal (Sepanyol menang penalti 4-2), separuh akhir Piala Eropah 2012
Penalti berjaya?: Ya
Cara dan arah sepakan penalti: Panenka, tengah

Tarikh: 1 Julai 2013
Perlawanan: Brazil 3-0 Sepanyol, final Piala Konfederasi 2013
Penalti berjaya?: Tidak
Cara dan arah sepakan penalti: Leret, kiri dan melewati tiang

Tarikh: 8 September 2014
Perlawanan: Sepanyol 5-1 Macedonia, kelayakan Piala Eropah 2016
Penalti berjaya?: Ya
Cara dan arah sepakan penalti: Panenka, tengah

Tarikh: 28 Mei 2016
Perlawanan: Real Madrid 1-1 Atletico Madrid (Real menang penalti 5-3), final UEFA Champions League 2016
Penalti berjaya?: Ya
Cara dan arah sepakan penalti: Leret, kanan

Tarikh: 22 Jun 2016
Perlawanan: Sepanyol 1-2 Croatia, perlawanan kumpulan D Piala Eropah 2016
Penalti berjaya?: Tidak
Cara dan arah sepakan penalti: Sepakan kencang, tengah kiri dan diselamatkan penjaga gol

Jumlah penalti: 7 (4 berjaya, 3 gagal)
Arah sepakan ke tengah: 5
Arah sepakan ke kanan: 1
Arah sepakan ke kiri: 1

Berdasarkan 7 penalti terakhir yang diambil oleh Ramos, hampir kesemuanya (71.4%) dituju ke tengah. Manakala 14.3% lagi masing-masing dihala ke kiri dan kanan.

Ada kemungkinan besar Srna telah memberitahu Subasic supaya tidak terbang ke kiri atau kanan. Sebaliknya, mengekalkan posisinya di tengah pintu gol sahaja.

Sumber dari Croatia

Sejurus selepas perlawanan, media Croatia menemubual Danijel Subasic untuk mengetahui apa yang dibisikkan oleh Darijo Srna sebelum Sergio Ramos mengambil penalti.

Subasic memberitahu:

“Dia (Srna) beritahu yang Luka (Modric) cakap Ramos sentiasa tuju sepakan penaltinya ke arah kanan (sebelah kiri Ramos)….dan ianya betul!”

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN