ANALISIS: 3 Prinsip Serangan JDT Yang Musnahkan Kelantan

Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke separuh akhir Piala Malaysia 2022 dengan bergaya apabila menewaskan Kelantan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Berbekalkan tiga gol yang dijaringkan ketika perlawanan pertama di Kota Bharu, JDT dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk mengetepikan cabaran pasukan The Red Warriors apabila hatrik daripada penyerang sensasi, Bergson da Silva, serta satu gol masing-masing daripada Syahmi Safari dan Nazmi Faiz di separuh masa pertama sudah cukup untuk menamatkan sisa-sisa perjuangan pasukan lawan.

Dalam perlawanan ini, JDT dilihat mendominasi permainan menerusi penguasaan bola yang menyeluruh, dan mereka akan cenderung untuk menyusun gerakan serangan mereka secara tersusun serta penuh kesabaran dalam usaha untuk mencipta bukaan ruang di antara pemain pertahanan lawan.

Terdapat beberapa prinsip yang menjadi teras serangan pasukan JDT, dan ianya akan dirungkai oleh kami dalam analisis kali ini.

Organisasi struktur serangan JDT

JDT memulakan perlawanan ini dengan formasi 4-3-3, namun struktur pasukan akan berubah apabila mereka memasuki fasa serangan.

Setiap kali memperoleh penguasaan bola, JDT akan menyusun struktur serangan mereka secara 3-2-5, dimana ketika memasuki fasa pertama serangan, JDT akan membentuk struktur ‘3-2’ untuk melepasi tekanan awal daripada pasukan lawan.

Matt Davies akan melakukan peranan ‘inverting’ untuk menjadi ‘Centre-backs’ ketiga pasukan, sambil disokong oleh dua ‘Central-Midfielders’, atau turut dikenali sebagai pemain ‘Pivot’ yang kebiasaanya diwakili oleh gandingan Natxo Insa dan Nazmi.

Struktur serangan fleksibel dan tidak rigid

JDT turut menekankan aspek fleksibiliti ketika membentuk struktur serangan mereka,apabila pemain-pemain mereka kerap melakukan pertukaran posisi sesama sendiri, namun ianya tetap dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan serangan pasukan yang berasaskan struktur 3-2-5.

Mencipta situasi ‘superiorities’ ke atas pemain lawan

JDT turut berupaya mendominasi perlawanan ini menerusi situasi ‘superiorities’ ke atas pemain lawan.

Terdapat 3 jenis ‘superiorities’ yang ditekankan oleh pasukan JDT dalam perlawanan ini, iaitu:

  1. ‘Numerical superiorities’ (kelebihan dalam aspek bilangan pemain berbanding lawan)
  2. ‘Qualitative superiorities’ (kelebihan dalam aspek kualiti pemain berbanding lawan)
  3. ‘Positional superiorities’ (kelebihan dalam aspek kedudukan dan posisi yang lebih baik berbanding lawan)

Aspek ‘superiorities’ yang dicipta JDT ini banyak membantu mereka dalam mencipta serangan serta menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

JDT menyusun struktur serangan mereka dengan struktur ‘3-2’, di mana Davies melakukan tugasan ‘inverting’ untuk menjadi pemain ‘centre-backs’ ketiga pasukan bersama Jordi Amat dan Adam Nor Azlin.

Ia disokong oleh ‘double pivot’ pasukan menerusi gandingan Nazmi-Insa.

Organisasi ini membantu JDT untuk mencipta ‘numerical superiorities’ untuk melepasi tekanan awal daripada pemain lawan.

Pemain JDT juga aktif melakukan pertukaran posisi antara satu sama lain, sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa terdapat elemen fleksibel, serta organisasi serangan yang tidak ‘rigid’ dilakukan pasukan mereka.

Menerusi gambar di atas, Fernando Forestieri melakukan pertukaran posisi dengan turun ke bahagian bawah, sekaligus membolehkan Nazmi untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi.

Pertukaran posisi ini tidak menjejaskan struktur asas JDT yang menyerang dengan struktur 3-2-5.

‘Numerical superiorities’ di bahagian pertama serangan turut memberikan pemain JDT (Amat) ruang dan masa mencukupi dalam menilai opsyen hantaran yang bakal dilakukan dengan selesa ekoran ketiadaan tekanan daripada pemain lawan.

Hantaran Amat berjaya menemui Syahmi di kawasan pertahanan lawan.

Syahmi melakukan hantaran susulan kepada Forestieri yang menyerang ruang yang terbuka menerusi larian daripada ‘deep area’.

Ia sekali gus membolehkan Forestieri melakukan rembatan, namun ianya berjaya ditangkap oleh penjaga gol pasukan lawan.

Gambar di atas menunjukkan sekali lagi elemen fleksibel dalam organisasi serangan JDT.

Kali ini, Safiq Rahim turun ke bawah untuk menolak Davies ke bahagian yang lebih tinggi.

Pertukaran posisi yang dilakukan Safiq ini tidak mengubah organisasi serangan JDT yang masih berteraskan struktur 3-2-5.

Situasi ‘numerical superiorities’ ke atas pemain pertahanan kanan Kelantan turut tercipta menerusi gandingan Forestieri dan Akhyar Rashid.

Forestieri berada di kedudukan yang baik (‘positional superiorities’) untuk melakukan gerakan serangan tanpa sebarang tekanan, sementara Akhyar sudah memulakan larian untuk menyokong gerakan serangan yang bakal dilakukan Forestieri.

‘Positional superiorities’ yang dimiliki Forestieri membolehkannya melakukan satu ‘penetration pass’ kepada Akhyar.

Ia sekali gus membantu JDT untuk mencipta gerakan serangan yang mampu menghukum pasukan lawan.

Struktur serangan awal JDT dengan struktur ‘3-2’ ini turut membantu mereka meneutralkan sebarang ancaman serangan balas daripada pasukan lawan.

Sebaik hantaran dilakukan oleh Davies kepada Syahmi, pemain Kelantan terus melakukan tekanan untuk menghalang beliau daripada melakukan pusingan badan.

Situasi ini mengakibatkan JDT kehilangan penguasaan bola.

Namun struktur ‘3-2’ yang disusun JDT turut membolehkan mereka mencipta situasi kompak di bahagian tengah.

Dimana pemain-pemain mereka akan berada di kedudukan ideal bagi memenangi semula penguasaan bola, serta membolehkan mereka berada di fasa transisi serangan dengan lebih efektif.

Insa mempunyai ruang dan masa mencukupi dalam memilih opsyen hantarannya kepada Akhyar di bahagian ‘wide area’.

Ia sekali gus mengasingkan Akhyar bersama pertahanan kanan lawan menerusi situasi 1v1.

‘Qualitative superiorities’ yang dimiliki Akhyar  ke atas pemain lawan membolehkan dirinya memenangi situasi 1v1 tersebut, sekali gus membolehkannya melakukan hantaran silang kepada Syahmi yang tidak dikawal.

Ia sekali gus membolehkan JDT menjaringkan gol keempat mereka dalam perlawanan ini.

JDT di kelas tersendiri

Secara keseluruhan, JDT jelas berada di kelas tersendiri berbanding pasukan lawan dalam aspek kualiti pemain dan juga pendekatan permainan yang dilaksanakan dalam perlawanan ini.

JDT dilihat berada dalam momentum terbaik untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia bertemu Sabah, dan dilihat tidak akan mempunyai banyak masalah untuk mengetepikan cabaran pasukan Borneo tersebut untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN