Manchester City menang 1-0 ke atas Chelsea dalam pertarungan yang didominasi oleh Manchester City.
Struktur
Manchester City menggunakan asas formasi 4-3-3. Mereka menurunka Gundongan dan Zivchenko di tengah. Manakala 2 Silva terus berada di dalam padang selepas aksi cemerlang menentang Arsenal sebelum ini.
Chelsea pula kekalkan 3-4-3 yang bertahan dalam sistem 5-4-1. Eden Hazard diturunkan sebagai 9 jadian dan Conte meletakkan 2 ‘target man’ beliau di bangku simpanan.
Chelsea pasif
Dalam temu ramah selepas perlawanan, Bernardo Silva mendedahkan mereka bermain berhadapan dengan pasukan yang bertahan dengan 11 pemain di belakang bola. Sudah pastinya beliau dapat informasi itu daripada taklimat taktikal.
Jamie Rekdnapp menyimpulkan taktikal Chelsea sebagai negatif dan bosan untuk disaksikan. Mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat. Dalam tempoh 80 minit mereka cuma ada 1 percubaan gol yang tak tepat.
Chelsea bertahan sangat ke bawah (too deep). Agak mengejutkan kerana kita semua mengharapkan pertandingan yang lebih baik daripada ini.
Memang Conte ada berkata, mustahil untuk bermain terbuka dengan Manchester City, tetapi cara Chelsea bertahan dalam perlawanan ini terlalu pasif dan tiada keinginan untuk menyerang.
Kanan adalah heatmap Chelsea dan kiri adalah Manchester City, anda cuba bandingkan.
Daripada kenyataan Silva di atas anda tahu pasukan ini memang datang untuk seri dan cuba menutup ruang di antara garisan. Bagi mereka, jika menang ia adalah ‘jackpot’.
Conte memasukkan 2 penyerang beliau pada akhir babak kedua, dan itu antara pelan beliau. Kenapa saya berkata begitu. Chelsea cuba ‘menyerap’ tenaga Manchester City sepanjang perlawanan dan cuba menghukum lawan mereka pada 15 minit terakhir dengan ‘target man’.
Namun bezanya, pasukan lawan mereka berjaya mendapat 1 gol. Namun mereka masih ada peluang untuk mendapat 1 mata. Secara asasnya, taktikal Chelsea itu nampak berjaya dari segi cuba ‘meletihkan’ lawan mereka.
Anda akan perasan intensiti pada Manchester City tidak seperti 2 perlawanan sebelum ini. Mereka sukar untuk menjaringkan gol ke-2. Pengulas perlawanan, Jim Beglin menyatakan yang Manchester City ada simpton keletihan dalam 20 minit terahir.
Ederson mengambil keputusan untuk melengahkan perlawanan pada minit akhir kerana beliau tahu, mereka sukar untuk mendapatkan gol kedua itu.
Statistik ini menceritakan tentang intensiti Manchester City. Dengan 71% penguasaan bola mereka hanya melakukan 13 percubaan ke arah gol.
Man City 1-0 Chelsea FT:
Shots: 13-2
Pass accuracy: 93%-78%
Chances created: 13-2
Possession: 71%-29%Bernardo Silva's goal just after half time gives Man City the win at the Etihad. pic.twitter.com/TieHjHraMC
— Squawka (@Squawka) March 4, 2018
2-3-5 Manchester City
Kita semua tahu, Manchester City adalah pasukan yang bermain dengan sistem bebas berlapa ataupun ‘free eight’. 3 dan 5 dalam nombor formasi itu, itulah bebas berlapan.
Mereka cuba berada di setiap ruang di antara zon pertahanan Chelsea. City berjaya menguasai perlawanan ini dengan kuat kerana lawan mereka lebih selesa untuk duduk terlalu ke bawah dan tidak agresif ketika bertahan.
Dalam perlawanan menentang Barcelona, Chelsea sangat baik bermain dengan ‘high line pressing’. Dalam perlawanan ini mereka lebih kepada bertahan dengan 5-4-1 di blok rendah.
Cuma, masalahnya, apabila Manchester City masuk ke blok rendah mereka, masih Chelsea pasif untuk memenangi bola. Kekuatan City adalah pada gerakan dinamik Sane dan De Bruyne serta visi David Silva.
‘Build up play’ Chelsea kurang jelas
Tidak pasti apa yang cuba mereka lakukan pada fasa binaan serangan. Banyak juga siri binaan serangan mereka daripada penjaga gol dan blok rendah. Namun ianya tidak tajam.
Musim lalu mereka membunuh Manchester City dengan hantaran diagonal untuk serangan balas segera. Namun semalam segalanya tak jelas.
Banyak hantaran yang berlegar-legar di belakang tetapi tak penetratif. Lihat laporan hantaran mereka di bawah ini. Kuning adalah hantaran yang gagal. Terlalu banyak hantaran yang gagal.
Seterusnya, Eden Hazard sekali lagi membuktikan beliau bukan false 9 yang baik. Ini bukan pertama kali perkara ini berlaku setiap kali Conte menggunakan pemain ini sebagai 9 jadian.
Rumusan
Ini adalah kemenangan komprehensif Manchester City meskipun bukan permainan terlalu intensif mereka. Mereka tetap melakukan lebih 975 hantaran dalam perlawanan ini. Angka luar biasa dengan ketepatan 93%.
Data hantaran paling banyak dalam EPL sejak adanya rekod opta untuk 1 perlawanan EPL.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Leroy Sane (Manchester City
https://twitter.com/fbhfootball/status/970342488765472769)