“Analisa Video Perlawanan”- Paulo Josue Anggap Masih Banyak Ruang Untuk Dirinya Lebih Menyerlah

Paulo Josue menjadi antara pemain Harimau Malaya yang paling mencuri tumpuan ketika aksi persahabatan menentang Turkmenistan semalam di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Walaupun pertama kali beraksi untuk skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi baharu, apa yang ditampilkan Josue jelas sangat menonjol untuk membantu serangan serta msnguasai posisi tengah negara.

Pemain kelahiran Brazil ini bukan lagi nama asing dalam arena bola sepak negara, ekoran aksi cemerlangnya sebelum itu ketika bergelar bintang import untuk Kuala Lumpur City (KL City).

Menurut Josue, beliau sangat gembira beraksi untuk Harimau Malaya dan mengakui agak sukar pada awalnya untuk memahami kehendak jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

Walaupun begitu, pemain tengah tersebut menganggap masih lagi ada banyak ruang buat beliau untuk tampil lebih baik menerusi analisa dibuat.

“Sudah tentu saya sangat gembira dan ya agak sukar sebelum itu untuk memahami arahan diberikan oleh jurulatih sebelum perlawanan.

“Tapi saya rasakan kami sudah buat dengan sangat terbaik. Masih lagi banyak ruang untuk saya meningkat. Menerusi beberapa hari latihan ini, saya akan analisa video dan perlawanan untuk lihat apa saya boleh perbaiki.

“Tapi saya sangat bangga dengan rakan sepasukan, mereka memberi segalanya dengan sangat baik. Jadi saya harap mereka boleh teruskannya untuk kami menang perlawanan seterusnya,” jelas Josue menerusi Astro Arena.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan setiap pemain kini bersedia untuk membantu pasukan serta mengakui ramai pemain berkualiti di posisi tengah serta sedia untuk merebut tempat pada aksi seterusnya dalam kesebelasan utama.

“Saya rasa semua pemain kini sedia untuk membantu pasukan, serta Malaysia mempunyai ramai pemain posisi tengah berkualiti.

“Jadi saya tak kisah siapa bermain, saya yakin semuanya mampu membantu pasukan dan kami akan merebut tempat untuk kesebelasan utama pada sesi latihan serta ianya terserah sendiri kepada jurulatih untuk memilih siapa layak,” tambah Josue lagi.

Pada aksi semalam, jaringan tunggal daripada Akhyar Rashid pada separuh masa pertama sudah cukup untuk membantu Malaysia meraih kemenangan pertama tahun ini di laman sendiri.

Turkmenistan yang diaibkan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia tahun lalu, tampil dengan aksi cukup menyakinkan pada awal permainan.

Namun, kecekapan Josue bersama rakan sepasukan lain menjadi salah satu faktor mengapa pasukan lawan pulang dengan rasa kecewa buat kali kedua selepas mereka dimalukan sekali lagi oleh Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN