Anak Perempuan Luis Enrique Meninggal Dunia, Warga Sukan Seluruh Dunia Nyatakan Sokongan Moral

Enrique

Arena bola sepak Sepanyol dikejutkan dengan berita sedih mengenai pemergian anak perempuan bekas pengendali Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique yang berusia sembilan tahun akibat penyakit tumor tulang.

Seluruh warga bola sepak di Sepanyol menzahirkan ucapan takziah dan menyatakan sokongan moral buat Enrique dan keluarganya melalui ucapan-ucapan di akaun media sosial rasmi mereka.

Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol, Barcelona, Real Madrid, Manchester United dan beberapa kelab lain semuanya telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyampaikan ucapan takziah. Begitu juga pemain dan jurulatih seperti Lionel Messi, Sergio Ramos, Pep Guardiola,

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez serta bintang-bintang sukan lain seperti Rafael Nadal (Tenis), Marc Marquez (MotoGP) dan Pau Gasol (Bola Keranjang) juga bersedih dengan berita tersebut.

Pada 26 Mac lepas, Luis Enrique secara tiba-tiba meninggalkan skuad kebangsaan Sepanyol di Malta untuk pulang ke rumah tanpa sebab yang jelas. Beliau sekadar memaklumkan ianya disebabkan hal kecemasan melibatkan keluarga.

Tiga bulan kemudian, beliau menyerahkan surat perletakan jawatan selaku jurulatih pasukan negaranya kepada Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada persatuan, pemain, staf serta rakan media tanpa mendedahkan sebarang alasan dan punca tindakannya itu.

Segalanya terjawab setelah Enrique mengeluarkan kenyataan pada petang Khamis, “Anak perempuan kami, Xana telah meninggal dunia tengah hari ini pada umur sembilan tahun selepas lima bulan bertarung dengan penyakit osteosarcoma (kanser tulang).

“Kami mengucapkan terima kasih di atas segala curahan rasa kasih dan sayang yang diterima sepanjang tempoh sukar dalam beberapa bulan ini dan kami amat hargai sikap bertimbang rasa bagi mereka yang memahami.”

Kenyataan itu seturusnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan perubatan yang terlibat sepanjang tempoh rawatan anaknya.

Sejarah telah membuktikan kehebatan Luis Enrique selaku pemain dan juga jurulatih. Diharapkan semangat beliau akan kembali pulih dan meneruskan sumbangan dalam dunia bola sepak.

Kami dari pihak Semuanya BOLA juga merakamkan ucapan takziah buat Luis Enrique dan keluarga beliau di atas pemergian insan tercinta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN