Sejak ditukarkan dari sayap kanan ke sayap kiri, Justin Kluivert – anak kepada lagenda Belanda, Patrick Kluivert – semakin menyinar sehingga menjadi perhatian Manchester United.
Malam semalam, Kluivert sekali lagi menjadi perhatian media selepas gol misil jarak jauh beliau membantu Ajax Amsterdam menewaskan Willem II 3-1 di Amsterdam ArenA.
Penyerang sayap yang baru berusia 18 tahun ini membawa bola masuk ke tengah dari sayap kiri sebelum melepaskan rembatan padu dan tepat, melepasi kawalan penjaga gol Willem II, Mattijs Branderhorst.
justinkluivert from Ahmad Muzammil on Vimeo.
Apa yang lebih menarik adalah, gol ini datang dalam masa 3 hari selepas beliau menjaringkan gol yang hampir sama ketika membantu Ajax Amsterdam seri 1-1 dengan FC Twente dalam aksi KNVB Beker. Ajax tersingkir dalam kejohanan tersebut selepas tewas 7-6 dalam penentuan penalti.
kluiverttwente from Ahmad Muzammil on Vimeo.
Setakat ini Kluivert telah menjaringkan 5 gol dalam 14 penampilan liga Belanda, Eredivisie – menyebabkan beliau berada dalam perhatian Manchester United. Menurut Goal.com, Jose Mourinho dilaporkan berminat dengan anak Patrick Kluivert ini.
Turut menjaringkan gol untuk Ajax dalam perlawanan ini adalah penyerang muda sensasi Denmark, Kasper Dolberg dan David Neres. Dengan kemenangan ini, Ajax kini berada di tangga ke-2 liga – 5 mata di belakang pendahulu, PSV Eindhoven.
dolberg from Ahmad Muzammil on Vimeo.
neres from Ahmad Muzammil on Vimeo.