Anak Didik Marcelo Bielsa Sah Kemudi JDT Musim Hadapan

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan Ketua Jurulatih baharu mereka untuk saingan musim hadapan, dengan Hector Bidoglio sah akan memegang jawatan tersebut menerusi kenyataan rasmi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers (JST) itu menyatakan Hector akan kembali kini selaku Ketua Jurulatih JDT pada saingan musim hadapan.

Terdahulu, JDT telah pun merekrut Bidoglio pada pertengahan musim lalu untuk menggantikan posisi Benjamin Mora, sebelum beliau dilantik selaku pengarah teknikal.

Semalam, laporan JST telah pun memaklumkan pengendali utama mereka iaitu Esteban Solari secara rasminya kini tidak akan lagi bersama pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan.

Kejutan itu menyaksikan segelintir peminat mula membuat spekulasi di media sosial tentang pengganti lebih sesuai selepas ini untuk mengambil tempat ditinggalkan Solari.

“Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, akan kembali sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan.

“Beliau akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas, dan penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan.

“Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector,” jelas kenyataan tersebut yang turut menjelaskan kedudukan Aidil bersama JDT selepas beliau tidak lagi bersama sebagai pemain.

Sepanjang bersama JDT musim lalu, Bidoglio tidak mengambil masa yang lama untuk memberi kegembiraan besar buat peminat kelab itu menerusi siri kejayaan domestik.

Dalam tempoh beberapa bulan, Bidoglio memastikan Harimau Selatan berjaya meraih gelaran juara Liga Super, Piala FA, serta Piala Malaysia bersama kualiti permainan cukup menyakinkan.

Menerusi perkongsian JST, rekod Bidoglio dalam dunia kejurulatihan juga bukan calang-calang selepas beliau pernah melatih beberapa kelab ternama di Argentina, Peru, serta Ecuador.

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Beliau juga pernah bersama beberapa kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, dan telah berguru dengan pengurus terkenal Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” jelas kenyataan itu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN