Penyerang Melaka United dan juga skuad negara, Amri Yahyah bakal pulang ke pasukan lamanya iaitu Selangor – sumber Berita Harian.
Kepulangan Amri ke skuad Gergasi Merah itu bakal terlaksana pada jendela perpindahan Liga Malaysia pertengahan musim ini.
Berat
Bagi Datuk Wira Yusuff Mahadi yang merupakan pengurus pasukan Melaka United, beliau berkata itu adalah keputusan yang berat untuk dilakukan.
Keputusan drastik yang dilakukan oleh Melaka United tersebut menyaksikan mereka bakal kehilangan pemain yang disifatkan sebagai berprofil tinggi.
Namun begitu, keputusan ini dilakukan sebagai sebahagian daripada langkah Melaka United untuk memperbaiki skuad mereka yang mengalami masalah prestasi musim ini.
Sebelum, terdapat beberapa desas desus pemain Melaka United bakal disingkirkan dari skuad tersebut.
Pemain yang sering menjadi watak dalam desas desus itu adalah Ilija Spasojevic.
Menurut Yusoff, perbincangan mengenai perpindahan Amri ke Selangor sedang berada dalam peringkat yang menuju kepada kata putus.
Malah potensi untuk perpindahan ini berlaku adalah tinggi kerana keinginan Amri untuk kembali ke pasukan Selangor.
Amri Yahyah sememangnya antara watak yang menjadi pujaan para peminat Selangor sepanjang tempoh 12 tahun beliau sebagai pemain Gergasi Merah.
Beliau memenangi 2 gelaran Liga Super, 1 gelaran Liga Perdana, 2 gelaran Piala FA Malaysia dan 2 gelaran Piala Malaysia sebelum berpindah ke Johor Darul Ta’zim.
Pulangnya Amri ke Selangor pasti perpindahan yang emosi buat beliau dan peminat Selangor.
Selamat kembali, Amri Yahyah!
Baca juga: Terkini: TMJ Beri Bayangan Kemungkinan Mario Gomez Tak Kemudi Harimau Malaya