Amri Yahyah Sertai Sarawak United?

Di manakah Amri Yahyah akan meneruskan karier bola sepak beliau selepas sah meninggalkan Selangor sebelum ini?

Amri Yahyah adalah antara nama hangat yang diperkatakan pada jendela perpindahan Liga Malaysia sepanjang Disember dan Januari ini oleh penyokong bola sepak tempatan.

Pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini mengesahkan akan terus beraksi di saingan Liga Malaysia selepas sah meninggalkan Selangor.

Pahang, Kedah, Perak dan Kelantan adalah antara pasukan yang dikaitkan dengan pemain veteran kelahiran Tanjung Karang tersebut.

Namun dalam perkembangan terbaru, kelibat Amri dilihat beraksi bersama pasukan Sarawak United FC yang kini sedang berada di dalam program pra musim di ibu kota.

Dalam perlawanan persahabatan diantara Kuala Lumpur menentang Sarawak United pada 23 November lalu, kelibat Amri dilihat menyarung jersi No.7 Sarawak United.

Perkongsian foto di laman Instagram pembantu jurulatih Sarawak United, Safri Amit bersama pemain itu baru-baru ini turut menarik perhatian ramai.

Kelibat pemain itu mengambil sepakan percuma turut dikongsi oleh salah seorang penyokong setia Kuala Lumpur yang sempat menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.

Namun tidak boleh dipastikan sekiranya Amri sudah menandatangani kontrak bersama Sarawak United atau sekadar melalui perlawanan ujian, kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi dari kelab tersebut.

Berita Amri Yahyah menyertai Sarawak pertama kali dikongsi oleh laman Facebook Shoot Sampei Bisak. Selain Amri, beberapa pemain berpengalaman lain seperti Syukri Azman dan Fauzi Roslan turut dipercayai akan beraksi bersama pasukan Sarawak United pada musim hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN