Amri Yahyah sah meninggalkan pasukan Selangor. Perkara itu sudah dimumumkan oleh Selangor FA.
Segelintir penyokong Selangor mahukan penjelasan. Adakah pemergian Amri Yahyah kerana B. Sathianathan sudah tidak mahukan pemain itu?
Musim lalu, Amri Yahyah gagal mendapat tempat di dalam pasukan Selangor. Ianya dikatakan antara sebab kenapa Amri mahu angkat kaki kerana mahukan lebih minit permainan.
Para peminat Selangor sangat sedih dengan pemain yang digelar lehenda Merah Kuning itu.
SEMOGA BERJAYA AMRI YAHYAH‼️
Antara kenangan dan gelagat Wak Am bersama pasukan Selangor.#TerimaKasihWakAm! Selamanya Gergasi Merah! 😢🙏🏼❤💛
Video penuh di: https://t.co/wa38CkGruh#AmriDay#ForeverRED#RedGiants#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/Gv3MiYsx19
— Selangor FC (@selangorfc) November 21, 2019
Amri Yahyah adalah pemain Selangor yang paling berjaya dalam era profesional.
PENCAPAIAN AMRI YAHYAH
Ini antara pencapaian yang berjaya dicatat Amri Yahyah sepanjang beliau menabur bakti bersama pasukan Selangor.
Untuk rekod, Wak Am merupakan pemain yang telah membuat penampilan terbanyak bagi pasukan Selangor iaitu sebanyak 437 kali.#AmriDay pic.twitter.com/QEMBKdD3LS
— Selangor FC (@selangorfc) November 21, 2019
Kontrak Amri Yahyah masih berbaki setahun dengan Selangor. Tetapi pemain itu dan FAS sudah bersetuju untuk meleraikan ikatan itu lebih awal.
Coach B. Sathianathan menjelaskan, pemergian Amri adalah bukan kerana beliau.
Beliau memberitahu Astro: “Itu bukan keputusan saya.”
Sathianathan menyatakan beliau menghormati keputusan Amri Yahyah – dan ternyata pemain itu memilih untuk pergi.
Sathianathan: Tinggalkan Selangor keputusan Amri sendiri | LIGA SUPER MALAYSIA News | Stadium Astro https://t.co/1Hs8EMcbT6
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 22, 2019
Sathianathan juga memberitahu bahawa, jika Amri memilih untuk kekal, beliau mungkin akan diletakkan dalam pasukan Selangor 2.
“Saya tidak buat keputusan sama ada dia kekal atau tidak. Selangor sekarang ada dua pasukan, jadi pihak pengurusan boleh buat apa-apa perancangan sama ada gunakan khidmatnya dalam Selangor 2 bagi membimbing pemain muda.
“Kalau dia tetap dengan Selangor, pasukan akan menghormatinya. Saya juga menghormatinya sebagai seorang pemain,” katanya.
Amri Yahyah kini menjadi ejen bebas dan masih mencari kelab baharu. Beliau sudah dikaitkan dengan beberapa pasukan.
Pasukan manakah yang bakal diwakili Amri Yahyah musim hadapan?