Amizal Shaifit: “Kalau Main Petang, Macamana Nak Bayar Gaji Pemain?”

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Amizal Shaifit menyatakan pihak beliau sedang berusaha untuk memastikan lampu limpah di Stadium Tuanku Syed Putra menepati piawaian MFL.

Ini bagi memastikan stadium itu dapat digunakan untuk menganjurkan perlawanan Liga Perdana pada sebelah malam. Amizal menyatakan, kegagalan untuk bermain sebelah malam memberikan impak kepada kewangan pasukan Perlis. Di mana kehadiran penyokong turut berkurangan untuk hadir ke perlawanan sebelah petang.

Buat masa ini Stadium Tuanku Syed Putra hanya boleh menganjurkan perlawanan sebelah petang kerana lampu limpah kurang daripada 1,200 lux.

Lantas Datuk Amizal menyatakan kerisauan beliau ke atas perkara itu. Menurut Amizal, impak lebih besar adalah kepada isu tunggakan gaji pemain. Dipetik daripada kenyataan beliau kepada Bernama, Amizal menegaskan:

“Jika beraksi sebelah petang, ianya akan membuatkan kehadiran penyokong pun kurang. Ini akan membuatkan penjualan tiket pun tidak seberapa untuk menampung [kos pembayaran] gaji pemain.”

PFA

Beliau mendapati ramai penyokong sukar untuk hadir ke perlawanan sebelah petang. Datuk Amizal Shaifit juga meminta agar Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man agar menyegerakan isu penambahbaikan di stadium tersebut.

Ini selepas Datuk Seri Azlan mengumumkan peruntukan RM2.5 juta untuk menaik taraf lampu stadium Tuanku Syed Putra yang kini hanya memiliki pencahayaan sekitar 600 lux.

Amizal berkata: “Saya merayu agar Menteri Besar mempercepatkan pembaikan stadium, sebelum perlawanan menentang JDT 2 pada 15 Februari hadapan.”

Beliau juga menegaskan bahawa pihak beliau turut cuba mencari dana untuk pembaikan stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN