Amirul Fareez Ledak Hatrik Bantu ATY Serayan Tumbangkan Naga FC 3-0

Perlawanan pertama bagi minggu kedua Selangor Champions League menyaksikan ATY Serayan mudah menewaskan Naga FC dengan keputusan 3-0.

Meskipun Naga mempunyai barisan penyerang yang berkualiti, namun akibat daripada barisan pertahanan yang sedikit goyah memberi ruang yang banyak bagi penyerang Serayan untuk melakukan percubaan bermulanya babak pertama.

Namun akibat daripada ketumpulan bahagian serangan Serayan, mereka juga gagal menghasilkan gol.

Kedua-dua pasukan mengamalkan hantaran pendek bagi mengekalkan penguasaan bola.

Naga dilihat cuba untuk menutup ruang tengah Serayan dengan pemain sayap mereka lebih ‘drop deep’ di bahagian tengah.

Banyak hantaran Naga mencari pemain sayap sensasi mereka iaitu K. Aathisesaan dan sering kali larian-larian licik dan pantas beliau mengucar-kacirkan barisan pertahanan Serayan.

Namun kedua-dua pasukan gagal mencari jaringan pembukaan dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Serayan membuat beberapa pertukaran dan memasukkan Amirul Fareez Halim.

Ianya merupakan keputusan yang tepat apabila Fareez berjaya membuka jaringan pada minit ke-48 melalui satu counter attack yang cantik dan Fareez tenang mengelirukan 2 pemain pertahanan Naga sebelum menewaskan penjaga gol Naga.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Naga bangkit mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan namun gagal.

Naga sekali lagi cuba mencari K. Aathisesaan namun ruang beliau ditutup rapi pertahanan Serayan.

Dalam keghairahan Naga mencari jaringan penyamaan, mereka sekali lagi dihukum melalui gol counter attack hasil larian pantas Fareez menewaskan pertahanan Naga untuk gol kedua Serayan pada minit ke-67.

Gol ketiga Serayan hadir pada minit-minit terakhir perlawanan selepas penyerang Serayan dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Fareez dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan sekaligus mencatatkan hatrik.

Perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 berpihak kepada pasukan ATY Serayan.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN