Amirul Azhan Mahu Bawa Pulang Kejuaraan Buat Kedah Musim Depan

Amirul Azhan

Pertahanan baharu Kedah Darul Aman, Amirul Azhan mahu lebih menyerlah pada musim 2022 bagi membantu pasukan memburu kejuaraan.

Malah bekas pemain Perak itu turut berharap agar penghijrahan itu bakal membuka lembaran baharu dalam kariernya selain mahu mengintai peluang menyarung jersi kebangsaan selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2018 ketika Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2018.

Justeru, pemilihannya ke Kedah pada musim depan diharap mampu untuk membantu Azhan kembali mencipta nama selepas bergelut bersama Perak pada tahun ini susulan pelbagai kemelut yang dihadapi sehingga tersingkir ke Liga Premier 2022.

“Apabila saya dipanggil untuk beraksi di Kedah, pihak pengurusan juga memberitahu saya mengenai sasaran pasukan musim depan dan ia selari dengan apa yang saya inginkan.”

“Sasaran peribadi saya adalah untuk membantu pasukan melangkah ke pentas final tidak kira Piala Malaysia atau Piala FA dan sekurang-kurangnya dapat menduduki tiga teratas Liga Super.”

“Tapi yang penting sekali adalah saya nak jadikan musim 2022 sebagai tahun kebangkitan semula prestasi saya supaya dapat dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.”

“Masa dengan Perak musim ini, mungkin agak susah untuk saya dan pemain lain menyerlah melihat kepada prestasi pasukan itu sendiri, tetapi saya harap tahun depan nasib yang berbeza untuk kami semua agar lebih baik,” jelasnya.

Kehadiran pemain kelahiran Ipoh ini dilihat tepat untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Rizal Ghazali yang berhijrah ke Sabah pada musim depan.

Selepas enam musim bersama Perak, Azhan tidak menafikan musim ini banyak memberi pengajaran kepada dirinya dan enggan lagi toleh ke belakang bagi mencipta kejayaan baharu bersama Kedah.

“Pemilihan saya ke Kedah ini banyak faktor sebenarnya dan salah satunya adalah saya tidak mahu menunggu sesuatu yang tidak pasti dengan Perak dan sebab itu apabila mendapat tawaran, saya terus membuat keputusan untuk bersama Kedah.”

“Cuma saya tidak menolak saingan juga mesti mencabar untuk memastikan saya sentiasa mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan saya difahamkan akan ada beberapa pilihan pemain muda lain juga di posisi saya.”

“Jadi, InsyaAllah saya akan merebut tempat secara sihat untuk mendapatkan minit permainan yang lebih lama untuk musim depan,” tambahnya.

Pada musim ini, Kedah berjaya meraih tempat kedua Liga Super manakala Perak tersingkir ke Liga Premier 2022 selepas berada di kedudukan kedua tercorot apabila hanya mengumpul 16 mata secara keseluruhan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN