Amirudin Shari: “Tiada Gangguan ‘Tangan Ghaib’ Dalam Isu Stadium Shah Alam”

Tempoh hari, pihak Selangor FA telah menyatakan yang permohonan mereka untuk mendapatkan hak penggunaan Stadium Shah Alam telah ditolak dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kata Selangor FA, walaupun mereka sudah memenuhi segala syarat yang diperlukan tetapi permohonan mereka masih lagi ditolak.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor iaitu Amirudin Shari telah memberikan respon mengenai perkara itu.

Beliau yang merupakan bekas pengurus pasukan Selangor FA mendedahkan tiada unsur ‘tangan ghaib’ yang mendorong kepada penolakan pemohonan pasukan tersebut untuk kembali ke Shah Alam.

Menurut sumber Selangorkini, pihak penjaga stadium belum lagi merujuk kepada kerajaan negeri mengenai permohonan juara Liga Super 2010 itu.

Akan tetapi, Amirudin tidak menolak kemungkinan tertolaknya permohonan pasukan tersebut untuk kembali ke Stadium Shah Alam adalah kerana pendirian MBSA yang selari dengan kerajaan negeri.

MBSA setakat ini bersama-sama dengan peringkat negeri untuk tidak menjadikan pasukan Selangor sebagai rakan kongsi hasil daripada konflik yang berlaku ketika di awal musim.

Setakat ini, Stadium Shah Alam digunakan oleh PKNS FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN