Amin Faisal Lega Dapat Halang Gawang PKNP FC Dari Dibolosi Negeri Sembilan

Amin Faisal

Aksi bertenaga penjaga gol muda Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Amin Faisal Bin Mohd Saidi ketika aksi bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir kumpulan A Piala Malaysia 2017 pada Sabtu lalu jelas melegakan pemain tersebut.

Penjaga gol berusia 20 tahun itu diberikan tanggungjawab mengawal benteng terakhir PKNP FC selepas penjaga gol utama, Ahmad Asyraaf Omar yang sudah bersama pasukan ke Seremban terpaksa pulang ke Ipoh selepas mendapat berita mendukacitakan apabila ibu Asyraaf telah meninggal dunia akibat kanser usus.

Peluang yang diberikan ketua jurulatih PKNP FC,  Abu Bakar Fadzim itu dibalas dengan aksi meyakinkan apabila Amin berjaya menggagalkan hampir 5 percubaan berbahaya dari Negeri Sembilan.

Prestasi baik yang dipamerkan membolehkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan yang turut disiarkan secara langsung itu.

Antara aksi Amin menyelamatkan gawang PKNP FC. Kredit foto: PKNP FC

Amin menyifatkan beliau dapat beraksi dengan baik pada aksi sulung beliau di Paroi tempohari hasil dari semangat yang diberikan oleh rakan sepasukan serta ibu dan bapa saudaranya bagi menghilangkan rasa debar dan ketakutan dalam dirinya bagi menghadapi perlawanan itu.

‘’Saya bersyukur kerana berjaya membantu pasukan meraih satu mata di Paroi. Walaupun saya sedikit gementar kerana tidak pernah beraksi bersama pasukan senior sebelum ini tetapi rakan sepasukan tidak putus-putus memberikan semangat kepada saya.” Kata Amin Faisal dalam satu temubual oleh PKNP FC.

”Saya sangat lega kerana dapat menghalang Negeri Sembilan dari mendapatkan gol.”

”Saya telah menghubungi ibu dan bapa saudara saya,memang semangat yang telah mereka berikan juga menjadikan saya berani untuk menghadapi perlawanan tersebut.”

Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan dan keputusan tersebut memaksa Negeri Sembilan terpaksa melupakan saingan suku akhir Piala Malaysia 2017.

Amin Faisal juga merupakan pemain skuad Piala Presiden PKNP FC musim ini.

Sumber dan foto: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN