Amerika Syarikat Gagal Dalam Misi Ke Rusia!

Jika anda peminat filem Hollywood, sudah pastinya anda akan disuapkan dengan watak antagonis dari Rusia.

Amerika Syarikat seringkali digambarkan akan berjaya dalam misi mereka menewaskan Rusia. Itulah kisah propaganda sosio-politik kedua-dua buah negara.

Agak ironi apabil Amerika Syarikat kali ini gagal layak ke Piala Dunia yang akan dilangsungkan di Rusia. Biasanya, Amerika Syarikat dianggap melalui zon kelayakan mudah dan hanya perlu bersaing dengan Mexico.

Namun, mimpi ngeri untuk pasukan yang paling mewah di zon Concacaf tewas di tangan Trinidad & Tobago. Kemenangan Panama, Honduras dan Mexico membuatkan Amerika Syarikat gagal.

Trinidad adalah pasukan yang paling lemah dalam kelayakan kali ini. Mereka mencipta kemenangan ke-2 dalam kempen kelayakan mereka.

Segalanya bermula dengan serba tak kena, apabila Omar Gonzales tertampan gol ke gawang sendiri pada minit ke-17. Alvin Jones meletakkan Trinidad 2 gol di hadapan.

Bersambung babak kedua. Amerika Syarikat kelihatan akan mampu bangki dengan gol Pulisic pada minit ke-47. Namun mereka gagal untuk menambah sebarang jaringan.

Amerika Syarikat hanya memerlukan seri untuk mara ke play-off. Jika menang mereka akan mara secara automatik.

Ini adalah kemenangan pertama Trinidad ke atas Amerika Syarikat selepas 10 perlawanan berhadapan dengan Amerika Syarikat. Mereka juga meraikan kemenangan ini seperti mara ke Piala Dunia.

Mexico, Costa Rica dan Panama layak secara automatik. Manakala Honduras akan beraksi dalam play-off. Trinidad dan Amerika Syarikat tersingkir.

Amerika Syarikat gagal mara ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 3 dekad.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN