Seorang pemain kacukan berdarah Nigeria-Malaysia, dari kelab pembangunan elit FC Kuala Lumpur dipercayai bakal menjadi pemain terbaru yang akan diserapkan ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
FC Kuala Lumpur adalah salah sebuah kelab pembangunan bakat bola sepak peringkat umur yang sangat aktif di ibu negara dan lahir daripada program Little League Soccer Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Pengurus Besar AMD, Muhammad Yusuf Ibrahim selepas melakukan pemantauan terhadap bakat pemain berusia 12 tahun tersebut.
Menurut laporan dari Berita Harian semalam, Yusuf berpendapat pemain yang tidak dinamakan ini memiliki potensi yang begitu besar untuk diketengahkan.
#BHSukan AMD sedia gilap bakat pemain kacukan Nigeriahttps://t.co/ii026lqgWq pic.twitter.com/0UBEjmbMOF
— Berita Harian (@bharianmy) December 20, 2019
“Ini adalah kali pertama AMD menerima pelatih yang berdarah campuran dan mengikut pemantauan yang dijalankan,” kata Yusuf.
“Kami berpendapat peluang patut diberikan kepada pemain itu untuk mengembangkan bakatnya.
“Dia ada potensi dan dia akan menyertai kita pada tahun depan.
“Berdasarkan penilaian yang dilakukan, dia boleh beraksi di dua posisi iaitu di posisi nombor enam dan juga nombor lapan.
“Dia memang lahir di sini kerana ibunya orang Malaysia tetapi bapanya dari Nigeria.
We would like to wish the FC Kuala Lumpur U12s all the best, as they kick off their Borneo Cup campaign today!
Do your…
Posted by FC Kuala Lumpur on Monday, October 7, 2019
“Walaupun rupa paras mengikut ayahnya tetapi dia tidak kekok untuk berbahasa Melayu,” katanya ketika ditemui oleh wartawan Berita Harian di AMD, semalam.
Langkah oleh AMD ini membayangkan proses naturalisasi pemain berbakat akan dilakukan sejak usia muda lagi. Namun sehingga kini, Yusuf mengesahkan hanya seorang sahaja pemain berdarah kacukan yang telah berada di dalam radar AMD.
“Kita tidak hanya melihat bakat daripada Akademi Tunas (AT) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) semata mata kerana mungkin ada bakat yang kita boleh cari di tempat lain.
“Antaranya, kita sudah melihat pemain yang ada di sekolah antarabangsa dan setakat ini, sekurang kurangnya ada dua pemain yang kami lihat ada potensi untuk diserap masuk ke AMD selepas ini,” tambah beliau lagi.