AMD Dapat Penarafan 2 Bintang Oleh Skim Belia Elit AFC

AMD

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) hari ini menerima berita baik daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menerima keahlian penuh Skim Belia Elit AFC.

Perkara tersebut diumumkan oleh FAM menerusi akaun media sosial rasminya selepas menerima surat daripada AFC berhubung kelulusan tersebut.

Selain FAM, turut sama menjadi ahli gabungan terbaharu Skim Belia Elit AFC itu adalah Kesatuan Bola Sepak Kyrgyzstan (KFU) dan Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF).

Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor Paul John dalam kenyataan memaklumkan FAM telah diberikan status keahlian penuh Skim Belia Elit AFC.

Manakala akademi bola sepak negara, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang menjalankan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) diberikan penarafan 2-Bintang bagi skim berkenaan.

Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pihaknya menyambut baik dan berbesar hati di atas pengiktirfan tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan bola sepak belia kami dan Skim Belia Elit AFC ini menyediakan kami struktur yang tepat untuk diikuti.

“Kami gembira dapat diterima sebagai ahli penuh dan berbangga salah satu akademi bola sepak tertinggi di Malaysia telah mendapat status dua bintang,” katanya.

Skim Belia Elit AFC ini merupakan langkah utama dalam pembangunan bakat yang akan membantu Ahli-Ahli Gabungan AFC untuk mengembangkan lagi program peringkat belia di negara masing-masing.

Antara kriteria yang akan dinilai termasuk mengenai staf, perancangan, pertandingan, kejurulatihan, pencarian bakat, perkhidmatan perubatan, sains sukan, pendidikan & kebajikan, kemudahan, falsafah dan akademi.

Kredit Foto: NFDP

Baca juga artikel kami yang lain mengenai AMD dan NFDP:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN