Quantcast

BERITA

Amazon Prime Lancarkan Dokumentari Khas Mengenai Leeds United

Budaya penstriman video sudah memasuki fasa baharu apabila telah masuknya dokumentari berkaitan sukan. Beberapa pasukan terkemuka telah muncul dalam saluran penstriman video.

Pasukan yang dimaksudkan ialah Manchester City, Sunderland (England), Juventus (Itali) dan Atletico Madrid (Sepanyol). Kali ini Leeds United mengambil giliran.

Leeds United

Dokumentari ini Take Us Home ini memberikan fokus kepada kisah Leeds United pada musim lalu. Jika anda masih ingat, Leeds United hampir sahaja kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Tetapi musim itulah bukan rezeki milik kelab Yorkshire yang pernah mengegar dunia itu. Dokumentari ini mengisahkan kelompok yang berkaitan dengan Leeds United pada musim itu.

Sudah sahih Marcelo Bielsa si pengurus Leeds musim itu menjadi tumpuan utama di dalam dokumentari ini. Russell Crowe, peminat Leeds United dilaporkan menjadi perantara rancangan ini.

Crowe, antara selebriti Hollywood menjadi peminat kelab ini.

“Kabel?”

LEEDS, ENGLAND – APRIL 28: Leeds United’s Liam Cooper protests his innocence to referee Stuart Attwell during the Sky Bet Championship match between Leeds United and Aston Villa at Elland Road on April 28, 2019 in Leeds, England. (Photo by Alex Dodd – CameraSport via Getty Images)

Menurut Perbadanan Penyiaran Britain, rancangan ini diterbitkan oleh syarikat Eleven Studios. Eleven Studios pula dikatakan mempunyai kaitan dengan Eleven Sports yang dimiliki Andrea Radrizzani.

Radrizzani ialah individu yang memainkan peranan selaku pemilik Leeds United. Kabel besar bukan?

Dokumentari ini mempunyai 6 siri. Dikatakan salah satu babak yang dimuatkan ialah di sebalik kejadian gol yang dijaringkan pemain Aston Villa tanpa asakan pada penghujung musim lalu.

Nak tonton di mana?

Mudahnya ialah di Amazon Prime. Jika anda pernah mengenali Grand Tour, sudah pasti anda mengetahui Amazon Prime.

Nampaknya Netflix akan dicabar oleh Amazon Prime. Ke mana peminat Leeds di Malaysia, boleh berikan kami sedikit reviu dokumentari ini.

Malah, ia baru disiarkan pada awal bulan di laman Amazon Prime.