Amaran Kedah Buat JDT Musim Ini, Sang Kenari Mahu Beri Tentangan Sengit

Naib juara Liga Super musim lalu, Kedah Darul Aman optimis tentang persediaan mereka musim ini mampu memberi persaingan sengit kepada juara Piala Sumbangsih 2022, Johor Darul Takzim untuk merampas trofi kejuaraan liga musim ini.

Khamal Idris Ali selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kedah melaungkan keyakinan diri beliau mengenai misi tersebut dilihat realistik dan mampu untuk direalisasikan para pemain musim ini yang dilihat mempunyai kualiti tersendiri terutama dalam kalangan pemain muda berbakat dan pemain import yang berpengalaman dalam pasukan tersebut.

“Insya-ALLAH, berdasarkan dalam kalangan pemain yang pasukan Kedah Darul Aman miliki pada ketika ini, saya percaya pasukan mampu memberi tentangan sengit kepada penyandang juara Liga Super, JDT.

“Sebab saya lihat ketika ini pun, kita pening untuk memilih kesebelasan utama pasukan sehingga jurulatih kerap melakukan penggiliran dalam kalangan pemain. Jadi ini menunjukkan ada persaingan sihat dalam pasukan ini.

“Malah para pemain yang kita ada ketika ini kebanyakannya berpengalaman dan muda serta tidak terlalu tua. Jadi saya yakin pengalaman yang dimiliki mereka ini akan membantu pasukan untuk mencipta keputusan yang positif dalam setiap perlawanan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Sebelum ini media tersebut juga ada melaporkan selain Kedah, dua lagi pasukan yang dilihat mampu untuk menggugat skuad Harimau Selatan ialah Terengganu dan Selangor menerusi pendapat bekas pemain kebangsaan, Lim Chan Yew.

Untuk rekod, musim lalu skuad kendalian Aidil Sharin ini menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua setelah mengutip 43 mata hasil 13 kemenangan empat seri dan lima kalah.

Ketika ditanya CEO Kedah tersebut mengenai sasaran pasukan musim ini dalam saingan Piala AFC, beliau berkata untuk ketika ini pengurusan masih belum meletakkan apa-apa sasaran spesifik buat skuad yang berpangkalan di utara negara itu.

Malam ini, Kedah bakal bertemu Sarawak United di gelanggang lawan untuk aksi pertama Liga Super yang sudah membuka tirai kejohanan dan sasaran tiga mata pastinya menjadi azam buat pasukan ini untuk mengekalkan status mereka selaku salah satu pasukan terbaik negara dan memenuhi jangkaan kebanyakan pihak.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN