Newcastle United dilaporkan dalam proses pertukaran pemilik. Ini selepas Mike Ashley dikatakan bersetuju untuk meneruskan fasa rundingan dengan Amanda Staveley.
Amanda juga dilihat hadir dalam perlawanan di antara Newcstle dan Liverpool minggu lalu. Amanda Staveley adalah usahawan wanita berjaya dan juga bekas kekasi Putera Andrew.
Beliau wanita yang berasal dari Yorkshire. Memiliki kekayaan bernilai £20 billion. Beliau adalah pemegang ekuiti peribadi dalam PCP Capital Partners.
Jika hal ini berlaku, Newcastle dijangka akan memeterai perjanjian pertukaran pemilik terbesar memecahkan rekod ketika Sheikh Mansour mengambil alih Manchester City daripada Thaksin Shinawatra pada 2008.
Nam Amanda tidak begitu menjadi perhatian sebelum ini. Namun selepas berita ini, ramai yang kagum dengan kuasa kewangan yang dimiliki beliau.
Penyokong Newcastle lebih daripada gembira menerima kedatangan Amanda. Ini kerana, mereka mahukan kelab ini dilepaskan daripada cengkaman Mike Ashley yang dianggap tidak serius dalam urusan bola sepak.
Ashley hanya menumpukan aspek perniagaan. Musim lalu, Rafa Benitez hampir melepaskan jawatan jika Mike Ashley campur tangan dalam urusan penjualan pemain tanpa kerelaan beliau.
Ashley terkenal dengan sikapnya yang suka menjual pemain walaupun tidak kena pada masa dan harga.
Amanda dijemput oleh Mike Ashley dan duduk di sebelah pejuang Hillsborough, Magaret Aspinall yang dijemput khas oleh Rafa Benitez.
Amanda Staveley sebelum ini pernah membida untuk mengambil alih Liverpool pada 2007 dengan bantuan firma daripada Dubai. Namun pemiliki Liverpool ketika itu menolak bidaan tersebut.
Beberapa tahun kemudian, Liverpool diambil alih oleh FSG. Musim lalu Amanda dilaporkan bekerjasama dengan konsesi dari China untuk membida Liverpool. Tetapi FSG menolaknya.
Berdasarkan hubungan beliau dengan syarikat besar, Amanda dilihat seorang yang memiliki jaringan perniagaan dan perkongsian yang sangat luas.
Kami tahu di Malaysia, masih ramai penyokong Newcastle, kongsikan dengan rakan anda berita ini dan kami mahu dengar apakah pandangan anda?