Amalkan Penjarakan Fizikal Ketika Bermain, Pasukan Jerman Ini Dibelasah 37-0

jerman

Apa yang mereka telah lakukan ini?

Sebuah pasukan amatur di Jerman dilaporkan telah mencatatkan yang maha memalukan apabila mereka memboloskan sebanyak 37 gol dalam satu perlawanan.

Menurut laporan Goal, SG Ripdorf mengambil pendekatan mengamalkan penjarakan fizikal sewaktu perlawanan divisyen 11 Jerman menentang SV Holdenstedt II.

Keputusan itu diambil selepas Ripdorf yang sebelum itu bermain menentang Eddelstorf pada perlawanan lalu mendapati ada seorang pemain lawan yang didapati positif dengan wabak Covid-19.

Ripdorf kemudiannya mengarahkan para pemain mereka untuk menjalani ujian saringan selepas perlawanan dan mujur kesemuanya didapati negatif dengan wabak tersebut.

Namun begitu, pengurusan kelab memilih untuk tidak beraksi menentang SV Holdenstedt II atas tujuan keselamatan dan mahu mengelakkan wabak itu dari terus merebak.

Mereka ada menghantar permohonan agar perlawanan tersebut ditangguhkan, namun ianya ditolak oleh persatuan bola sepak tempatan. Jadi, mahu atau tidak mereka terpaksa juga.

Ripdorf boleh memilih untuk tidak beraksi tetapi mereka perlu membayar sejumlah denda yang mungkin akan memberikan impak kepada kewangan kelab. Jadi mereka memilih untuk bermain sambil mengamalkan penjarakan fizikal.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa pemain di dalam pasukan mahu mengamalkan penjarakan fizikal sewaktu bermain kerana tidak mahu ada jangkitan berlaku kepada pasukan lawan.

Tindakan itu jelas memberi ruang kepada pasukan SV Holdenstedt II untuk menjaringkan gol sebanyak mungkin kerana mereka mampu bergerak bebas tanpa dihalang pertahanan Ripdorf yang hanya melihat sahaja mereka berlalu pergi.

Menurut presiden kelab iaitu Patrik Ristow, keputusan itu dibuat selepas mereka berasakan ianya adalah tanggungjawab semua pihak untuk menghalang penularan wabak tersebut.

“Barisan kejurulatihan dan pengarah kelab bertanggungjawab di atas hal ini. Dan secara lumrahnya dalam keadaan kini, untuk menghalang penularan wabak ini adalah tanggungjawab semua.”

“Dalam masa yang sama kami juga perlu memastikan dari didenda kerana tidak hadir pada perlawanan yang jelas sekali akan memberikan kesan kepada kewangan kami. Kami tersepit.”

Baca juga artikel kami mengenai Jerman:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN