Amalan gaya hidup sihat Cristiano Ronaldo kini sudah menjadi ikut-ikutan para pemain di Old Trafford, dengan beliau benar-benar dianggap sebagai model contoh.
Pakar penjaga kesihatan di luar padang, bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu telah mendedikasikan cara kehidupan beliau sebagai keutamaan untuk memastikan beliau mampu berada di tahap terbaik dalam karier bola sepaknya.
Beliau sememangnya dikenali sebagai individu yang sangat mementingkan tentang amalan gaya hidup sihat, terutama melibatkan pemakanan.
The arrival of Ronaldo has left some members of the Man United squad passing on the apple crumble, talkSPORT told #MUFC
— talkSPORT (@talkSPORT) September 13, 2021
Penjaga gol Manchester United, Lee Grant baru-baru ini mendedahkan yang kesemua pemain dalam skuad ketika ini sedang mengikuti jejak langkah Ronaldo dalam menjaga tahap kesihatan dan kecergasan mereka.
Para pemain dikatakan menolak untuk menikmati makanan tidak sihat yang dihidangkan kepada mereka, sebelum aksi bertemu Newcastle United di Old Trafford minggu ini.
“Ia merupakan malam jumaat dan kami semua berkumpul di hotel.”
Jelas Lee Grant kepada Darren Bent dan Darren Ambrose di studio talkSPORT.
“Jadi, seperti kamu semua sedia maklum, kamu habiskan makan malam dan kebiasaannya pada malam Jumaat, kamu akan menikmati sedikit makanan luar diet (makanan tidak sihat)”
🤤 “On Friday’s you finish your dinner & you have a few cheat food out.”
🤣 “Not one player touched the crumble & custard because everyone was looking at Cristiano’s plate!”
Lee Grant tells the story of how Cristiano Ronaldo’s presence put #MUFC players off of dessert pic.twitter.com/NGciSvzuVP
— talkSPORT (@talkSPORT) September 12, 2021
“Mereka kebiasaannya akan makan apple crumble atau mereka akan nikmati brownie dan krim atau apa saja yang mereka tak boleh makan pada waktu lain.”
“Saya beritahu kamu sekarang, tidak ada seorang pemain pun yang menyentuh apple crumble dan kastard, tidak ada pemain yang menyentuh brownie dan salah seorang pemain datang kepada saya dan kata, ‘Apa yang ada dalam pinggan Cristiano?”
“Jadi kami memang agak terkejut melihat apa yang dia nikmati dan jelas sekali ia makanan yang sangat sihat, saya rasa itu pinggan paling sihat yang pernah kamu bayangkan.”
“Dan ia membuatkan saya berasa kagum melihat tidak ada seorang pemain pun yang berani bangun dan makan makanan ringan yang sudah sedia dihidangkan.”
Nampaknya Cristiano Ronaldo sudah menunjukkan impak positif di luar padang, selain aksi hebat yang beliau persembahkan ketika debutnya bertemu Newcastle.
Lee Grant reveals that not a single Manchester United player had dessert on Friday night as Cristiano Ronaldo chose not to
— utdreport (@utdreport) September 13, 2021
Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Manchester United menewaskan Portugal 4-1 di Old Trafford, seterusnya membawa skuadnya mendaki ke kedudukan pertama dalam carta liga.
Pemain berusia 36 tahun itu memberitahu rakan sepasukannya tentang betapa gembiranya beliau dapat kembali ke Old Trafford.
Grant kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:
“Semua orang akan tahu, tidak kira bila masa ada orang baru sampai, kebiasaannya dia akan ambil kerusi dan menyanyi.”
“Kita lihat Raphael Varane, Jadon Sancho, mereka melakukan sedikit pertunjukan dan jelas sekali Cristiano. Kami semua tertanya-tanya adakah dia akan bangun dan menyanyi.”
Lee Grant :
"Friday night at the hotel, as you know, when you finish your meal, you can have apple crumble, custard or a brownie, etc., well, no player touched it. Everyone was looking at Cristiano's plate.” 😂 pic.twitter.com/gg4J9TWfuJ
— TCR. (@TeamCRonaldo) September 12, 2021
“Tapi bila dia bangun, memang sungguh menakjubkan, jelas sekali saya tidak akan dedah segalanya yang dia kata, tapi dia berikan ucapan yang menarik dan semua orang teruja dan semakin bersemangat selepas mendengar ucapan dia.”
“Dia mengulangi semula semua itu selepas tamat perlawanan, jadi ia sangat menakjubkan. Tapi apa yang saya fikir ia menunjukkan yang dia betul-betul memang mahu kembali ke sini.”