Alvin Fortes Anggap Selangor Sebuah Pasukan Besar Miliki Kemudahan Berkualiti

Selangor secara rasminya kini menandatangani serta memperkenalkan pemain import ketiga terbaharu mereka di posisi serangan iaitu Alvin Fortes untuk saingan musim 2024/2025.

Terdahulu, nama Fortes sebenarnya sudah pun meniti di media sosial dalam kalangan peminat Selangor selepas ada beberapa perkhabaran menyatakan pemain tersebut bakal menyertai The Red Giants.

Untuk rekod, Fortes memulakan karier beliau sejak 2013 untuk menyertai Nike Football: The Chance pada tahun 2013 di England serta memenanginya ketika bawah penelitian Patrick Kluivert.

Fortes juga mengakui karier bola sepaknya mula berkembang selepas berada di England selama lima bulan untuk tampil lebih jauh dalam sukan tersebut di pentas profesional.

“Sejak dari usia muda, Fortes telah melebarkan sayap ke beberapa buah negara seperti Finland, Turki, Greece dan Republik Czech untuk mengembangkan karier bola sepaknya.

“Semasa usianya 20 tahun, Fortes berjaya membuat debut profesionalnya bersama kelab di negara kelahirannya, Belanda, RKC Waalwijk, menentang FC Den Bosch dalam kejohanan Eerste Divisie,” jelas kenyataan tersebut.

Fortes juga sempat beraksi di Georgia untuk mewakili FC Dila Gori pada musim 2018 dan 2019 sebelum beliau mencipta 16 gol bersama 11 bantuan jaringan daripada 51 penampilan bersama kelab tersebut.

Sebelum menyertai saingan di Asia Tenggara, pemain kebangsaan Cape Verde itu juga sempat beraksi di Uzbekistan beraksi dalam saingan O’zbekiston Superligasi, Uzbekistan Cup termasuklah AFC Champions League (ACL) bersama FC AGMK.

Pemain berusia 29 tahun itu boleh dianggap sangat menyerlah di Thailand selepas beliau mewakili Nongbua FC serta Ratchaburi bersama rekod jaringan cukup menyakinkan.

Selangor menjadi pasukan pertama diwakili Fortes dan pemain tersebut menganggap pasukan tersebut memiliki kemudahan latihan berkualiti.

“Saya tahu akan kewujudan kelab Selangor FC dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

“Bagi saya, ini adalah kelab besar yang mempunyai kemudahan untuk berlatih yang berkualiti dan mereka juga bermain dengan baik dalam liga musim lalu. Jadi, saya rasa ini kelab yang terbaik untuk saya teruskan kerjaya bola sepak,” ujar Fortes menerusi laman rasmi pasukan berkenaan.

Akhir sekali, Fortes juga kini tidak sabar untuk beraksi bersama Selangor selain bertemu sendiri para penyokong setia The Red Giants pada masa hadapan.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN