Penyerang Chelsea Alvaro Morata menyatakan yang Antonio Conte lebih bertaktikal berbanding dengan bekas pengurus beliau di Real Madrid, Zinedine Zidane.
Zinedine Zidane adalah pengurus yang berjaya memenangi beberapa trofi utama hanya dalam beberapa musim beliau di Real Madrid.
Antaranya adalah 2 kejuaraan UCL dan berjaya membawa semula kejuaraan La Liga ke Bernabeu. Zidane dianugerahkan anugerah Jurulatih Terbaik FIFA 2017.
Zinedine Zidane adalah pengurus yang bertanggungjawab memujuk Morata pulang semual ke Real Madrid dari Juventus.
Morata hanya muncul dalam 26 perlawanan liga untuk Madrid dan menjaringkan 15 gol. Selepas menyertai Chelsea dengan nilai keseluruhan perpindahan £70 juta, Morata kini sudah menjaringkan 7 gol liga untuk The Blues.
Namun begitu, pemain Chelse ini berpendapat, Conte memiliki pengetahuan dan lebih teliti dalam menerangkan taktikal permainan kepada pemain-pemain.
“Kedua-dua mereka adalah pengurus dengan mentaliti pemenang. Tetapi Conte lebih bertaktikal berbanding dengan Zidane. Conte lebih kawalan kepada cara kami bermain di dalam padang.”
“Conte seorang yang penuh semangat dan menghidupkan suasana. Zizou seorang pemenang dengan cara beliau sendiri.”
Morata juga menempelak Gary Linkeker yang baru-baru ini mengkritik Karim Benzema di Real Madrid. Morata berpendapat Lineker harus sedar yang Benzema merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia.
“Benzema salah seorang penyerang terbaik di dunia. Beliau ada kualiti yang cukup baik untuk menjadi no.9 utama Real Madrid. Ketika era Lineker dahulu tidak ada media sosial. Jadi dia harus meletakkan diri dia dalam situasi Benzema.”
“Lineker seorang yang sukakan perhatian, tetapi saya tak rasa kata-kata dia akan memberikan impak kepada aksi Benzema.”