Alumni Skuad ‘Double Treble’ Kedah, Fazliata Taib Dilaporkan Hilang Sejak April

Fazliata Taib

Hari Raya Aidilfitri akan disambut lebih kurang 3 hari lagi dan pihak Semuanya BOLA mendapat perkhabaran bekas pemain Kedah, Fazliata Taib yang sudah hampir dua bulan menghilangkan diri dan gagal dikesan keluarganya sejak pertengahan April yang lalu.

Menurut perkongsian di laman Facebook salah seorang rakannya, Muhamad Ihsan yang turut dikongsi semula lebih 400 pengguna Facebook yang lain, keluarga pemain yang mesra disapa dengan panggilan ustaz itu telah sedaya upaya mencarinya.

“Bagi pihak keluarga beliau, mereka telah sedaya upaya mencari sehingga ke hari ini dan juga laporan polis telah dibuat,” memetik kenyataan di laman Facebook rakannya itu.

Laporan polis yang dibuat oleh keluarga Fazliata Taib menjelaskan pada 12 April, pemain berusia 33 tahun itu didapati telah keluar daripada rumahnya sekitar jam 9.00 pagi menaiki kereta jenis Nissan Navara, warna putih, nombor pendaftaran KDL 8764.

Muhamad Ihsan yang mengenalinya sejak persekolahan itu turut mengharapkan jika ada orang awam yang ternampak kelibat pemain tersebut agar melaporkannya kepada pihak berkuasa. Beliau turut mendoakan kesejahteraan sahabatnya itu.

“Mengharapkan, mendoakan kesejahteraan beliau dalam keadaan sihat dan baik. Jika ada ternampak atau bertemu dengan beliau, mohon memaklumkan kepada pihak berkuasa,” tambahnya lagi.

Muhamad Ihsan menyatakan maklumat ini didapati daripada rakan sekolah mereka iaitu Pondok Pakman, Yan, Kedah dan menutup bicaranya dengan, “Bantulah sahabat kami di bulan Ramadhan ini.”

Pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook terhadap posting itu antaranya ada yang bertanyakan mengenai masalah pemain tersebut dan sebagainya. Malah ada yang mencadangkan untuk menyemak kemungkinan yang Fazliata Taib ke luar negara.

Kali terakhir pemain ini beraksi adalah pada musim lalu bersama pasukan FELCRA FC di saingan Liga Premier dan beliau merupakan antara alumni ‘Double Treble’ Kedah pada musim 2007 dan 2008.

Kami di Semuanya BOLA, menyeru agar komuniti bola sepak dan pembaca kami khasnya, dapat membantu jika ternampak kelibat pemain tersebut agar melaporkannya segera kepada pihak polis. Kita di penghujung Ramadhan dan Syawal kian menjelma, semoga Fazliata Taib dapat ditemui dalam keadaan sihat sejahtera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN