Alto Linus Cipta Sedikit Perubahan Buat Sabah Sebelum Hadapi PT Athletic

Pengendali sementara Sabah iaitu Alto Linus pastinya menjadi individu paling sibuk kini untuk mempersiapkan barisan pemain serta taktikal terbaik buat skuadnya sebelum aksi kedua Piala Malaysia bertemu PT Athletic.

Terdahulu, Alto diumumkan selaku jurulatih sementara yang menggantikan khidmat Datuk Ong Kim Swee setelah pengendali berpengalaman itu sah meninggalkan Sabah untuk bersama kelab baharu di Indonesia.

Penyertaan Kim Swee bersama Persis Solo telah pun diumumkan secara rasmi sebelum ini untuk menjadikan ianya sebagai cabaran baharu buat jurulatih itu sepanjang karier beliau selaku pengendali.

Sebelum meninggalkan Sabah, sentuhan akhir Kim Swee berjaya memastikan pasukan itu meraih kemenangan besar 4-0 mengatasi wakil kelab dari saingan A1 Semi Pro iaitu PT Athletic.

Kemenangan besar itu sebenarnya sudah pun mengesahkan The Rhinos sebelah kaki kini ke pusingan seterusnya dan sudah tentu momentum positif ingin diteruskan oleh Alto bersama kelab tersebut.

Menurut Alto, ia bukan sesuatu yang mudah untuk beliau berada di posisi tersebut selepas Kim Swee sah meninggalkan Sabah untuk bersama kelab baharu.

Walaupun begitu, beliau mengakui Kim Swee telah banyak memberi pengajaran kepadanya dalam dunia kejurulatihan untuk digunakan sebaik mungkin bersama Sabah.

“Banyak pesanan yang diberikan oleh Kim Swee kepada saya. Mungkin terlalu banyak. Tetapi yang utama sekali beliau nasihatkan saya untuk meneruskan momentum bersama Sabah.

“Saya tidak rasa sebarang tekanan kerana apa yang beliau (Kim Swee) rancang dan apa saya rancang semuanya sama sahaja. Jadi mungkin kita akan turun lebih baik pada aksi lalu,” ujar beliau menerusi perkongsian Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pada masa sama, Alto menegaskan mereka akan meneruskan momentum terbaik dan enggan tampil dengan aksi sambalewa yang bakal mengundang padah buat pasukan.

Malah, beliau juga memberi bayangan mungkin akan mencipta sedikit perubahan dalam senarai pemain diturunkan untuk menghadapi cabaran kali kedua daripada PT Athletic.

“Untuk perlawanan kedua ini kita kena teruskan momentum terbaik dan kita tak boleh turun dengan aksi sambalewa dengan berkemungkinan akan ada sedikit perubahan daripada segi pemain diturunkan,” ujar beliau lagi.

Kedua pasukan tersebut bakal bertemu hari ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada jam 8:30 malam untuk menentukan siapa bakal layak ke pusingan seterusnya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN