Allegri Mahu Letak Jawatan Sebelum Perlawanan Juventus Dan Napoli

Beberapa portal atas talian di Itali dan Eropah melaporkan pengurus Juventus, Massimiliano Allegri mahu meletakkan jawatan pada hujung minggu lalu, sebelum perlawanan menentang Napoli di Stadio San Paolo.

Sumber dari Calcio Mercato turut mendedahkan Allegri telah pun bertindak memadam akaun media sosial miliknya sebagai persediaan meletakkan jawatan, sebelum pasukan kendaliannya itu menewaskan Napoli 2-1 pada awal pagi tadi.

Allegri

Allegri dikatakan sudah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada pihak pengurusan tertinggi Juventus. Perkara tersebut memaksa pengerusi kelab, Andrea Agnelli untuk membatalkan beberapa perjumpaan berhubung urusan perniagaan. Ini untuk membolehkan beliau untuk bertemu dengan pengurus dan jurulatih itu secara bersemuka untuk meyakinkan beliau terus kekal di Turin.

Juventus mendominasi saingan Serie A setakat ini, selesa berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan ketara. Namun prestasi di UEFA Champions League tidak berapa menentu. Terkini, Juventus ketinggalan 2-0 kepada Atletico Madrid secara agregat.

Sekiranya mengambil keputusan meninggalkan Turin, Allegri tidak akan mengalami masalah untuk mencari pasukan baru dengan kelab-kelab seperti Real Madrid, Inter Milan atau pun Manchester United pasti mengikuti perkembangan terkini di kelab itu dengan penuh minat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN