Allardyce Tawarkan Wilshere £8 Juta Untuk Tolak Lanjutan Kontrak Di Arsenal

Sam Allardyce dikatakan sudah menghantar kertas cadangan kepada Pengarah Sukan berkaitan dengan potensi untuk membida Jack Wilshere dari Arsenal.

Everton sedia membayar £8 juta kepada Wilshere (on-signing fee) jika pemain itu memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru dengan Arsenal.

Buat masa ini Wilshere masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Emirates. Namun begitu, Wilshere dikatakan masih menunggu tawaran daripada Arsenal.

Berdasarkan pasaran semasa, nilai Wilshere diletakkan sekitar £30 juta. Beliau sudah mendapatkan semula sentuhan bersama Arsenal musim ini.

Musim lalu beliau ke Bournemouth untuk menguatkan lagi kondisi fizikal dan ianya banyak membantu. Wilshere sudah disenarai semula dalam skuad England.

Selain daripada tawaran £8 juta kepada Wilshere dan ejen beliau, pemain itu ditawarkan gaji yang lebih besar berbanding dengan yang ditawarkan oleh Arsenal.

Everton mendapat tahu, Arsenal sudah membuka rundingan dengan Wilshere bermula dengan tawaran gaji £80,000 seminggu.

Angka itu adalah penurunan pada gaji pokok. Namun Arsenal akan menawarkan peningkatan pada beberapa klausa bonus. Jack Wilshere menerima gaji pokok £90,000 buat masa ini.

Everton sedia untuk mengatasi semua angka tawaran yang dikemukakan oleh Arsenal kepada Wilshere. Penulis The Times, Matt Hughes menyifatkan Everton sangat agresif kali ini.

Arsene Wenger sudah berjanji akan melanjutan kontrak beberapa pemain istimewa di dalam pasukan Arsenal. Nama Jack Wilshere antara pemain istimewa yang dimaksudkan Arsene Wenger.

Jack Wilshere dikenali dengan kesetiaan beliau kepada Arsenal walaupun sebelum ini ada tawaran daripada kelab lain. Beliau pernah berkata yang beliau sentiasa meletakkan Arsenal sebagai keutamaan.

Namun siapa tahu, Wilshere akan mengikut jejak langkaj Walcott?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN