Alistair Edwards: “Perubahan Jadual Telah Dapat Persetujuan Semua Pasukan”

Isu perubahan jadual melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih lagi menjadi perbualan hangat para penyokong bola sepak Malaysia.

Masih lagi ramai yang mempertikaikan keputusan yang dilakukan oleh Malaysia Football League (MFL) untuk menangguhkan perlawanan unifi Liga Super melibatkan JDT menentang Kelantan.

Pengarah Teknikal JDT iaitu Alistair Edwards telah tampil ke menjelaskan situasi tersebut.

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, beliau memberitahu yang perubahan jadual ini telah mendapat persetujuan semua pasukan dalam MFL yang merupakan pemegang taruh dalam organisasi tersebut.

Kata beliau lagi, JDT telah pun menghantar surat kepada MFL untuk menangguhkan perlawanan itu yang pada asalnya pada hari berkerja kepada hari Jumaat yang merupakan hari hujung minggu di Johor.

“Apabila penyokong meminta kami untuk menukar tarikh, kami rasakan tiada masalah kerana kami telah bergelar juara.”

Gambar: JOHOR Southern Tigers

“Apabila MFL telah menerima surat ini, sudah pastinya mereka meminta pandangan dari pasukan lain sama ada mereka bersetuju atau tidak.”

Edwards jelas tidak faham dengan kerenah penyokong pasukan selain JDT yang membangkitkan isu ini.

Pada beliau, MFL telah melakukan apa yang perlu untuk memastikan proses pertukaran jadual ini berjalan lancar.

“Tetapi, apa yang buatkan saya hairan adalah kenapa penyokong pasukan lain yang bising?”

“Kami sudah mengikut prosedur yang ditetapkan dan kami telah pun juara.”

“Pasukan lawan yang akan menentang kami sudah pun bersetuju, malah pasukan yang akan bertemu kami selepas itu juga telah bersetuju.”

“Jika mereka tidak setuju pastinya permohonan kami ini tidak dapat diteruskan.”

“Perkara ini tidak langgar mana-mana peraturan, kenapa penyokong lain yang bising? Saya tak faham.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN