Alistair Edwards: “JDT Hormati Keputusan AFC, Harap Para Pemain Jadikan Ia Pengajaran”

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards semalam tampil dengan kenyataan rasmi berhubung isu penggantungan serta denda melibatkan Farizal Marlias.

Farizal dijatuhkan hukuman penggantungan 12 bulan serta denda sekitar RM170,000.00. Ini selepas penjaga gol tersebut membantah keputusan pengadil dan menolak pegawai perlawanan

Alistair Edwards memberitahu kepada umum bahawa mereka tidak ada alasan untuk mempertikaikan keputusan tersebut. JDT menerima hakikat bahawa Farizal Marlias melakukan kesalahan.

JDT menghormati keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib AFC dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada AFC. Dipetik dari lama Johor Southern Tigers, beliau berkata:

“Berkenaan denda yang telah dikenakan kepada Farizal Marlias, penjaga gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Kami menghormati dan akan mematuhi keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib AFC/”

“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada AFC.:

Selain itu, Alistair Edwards mahu setiap pemain di dalam pasukan JDT menjadikan ia sebagai satu pengajaran dan iktibar.

Beliau menegaskan, setiap pemain bola sepak perlulah mematuhi undang-undang dan bersikap profesional.

“Ini harus dijadikan sebagai pengajaran kepada setiap pemain untuk sentiasa mematuhi undang-undang permainan dan bersikap professional.”

Alistair Edwards memandang serius isu ini dan berjanji untuk memastikan ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Sebagai sebuah kelab, kami berharap dan akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN