Alistair Edwards Bengang Dan Mendakwa Brendan Gan Pergunakan Nama JDT Untuk Kepentingan Peribadi

Dalam satu entri malam semalam di JST, Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards menghentam Brendan Gan.

Ini selepas beliau mendapati pemain itu sengaja menggunakan nama JDT atas kepentingan peribadi. Edwards menuduh Gan mahu memanipulasi nilai rundingan dengan pasukan lain dengan mengaitkan JDT berminat dengan beliau.

Alistair Edwwards berkata:

“Brendan Gan baru-baru ini membuat kenyataan bahawa beliau akan kembali ke pasukan Kelantan walaupun dia telah menerima tawaran daripada JDT dan ia sama sekali tidak betul.”

Alistair Edwards menyelar tindakan seperti itu kerana ramai pemain cuba menggunakan kredibiliti JDT untuk menaikkan nilai rundingan mereka dengan pasukan lain.

Tambah beliau lagi:

“Walaupun kami faham ramai pemain mahu datang ke JDT dan kelebihan apabila mereka melibatkan kami, ianya dapat menaikkan lagi nilai mereka dalam rundingan bersama kelab-kelab lain.”

Alistair Edwards menegaskan, Brendan Gan tiada langsung di dalam perancangan kelab JDT sejak dari dulu lagi.

Pada ketika ini mereka (JDT) ada pemain yang ramai untuk mengisi posisi tengah.

“Brendan tidak termasuk dalam perancangan kami. Ini disebabkan kami sudah memiliki pemain seperti Safiq Rahim, Hariss Harun, Afiq Fazail, Nazmi Faiz dan pemain dari Sepanyol di bahagian tengah.”

“Ini termasuklah Amirulhadi, Shakir Shaari dan Gary Steven Robbat. Jadi, beliau memang tiada tempat di dalam pasukan JDT.”

“Jadi saya nasihatkan berhenti daripada guna nama JDT untuk mencari publisiti.”

Alistair Edwards memberitahu, sebelum ini, Bojan Hodak pernah menginginkan khidmat Gan namun, DYAM Tunku Mahkota Johor tidak bersetuju.

Beliau juga berkata:

“Sehingga hari ini beliau memang tiada dalam perancangan kami. Tiga tahun telah berlalu dan saya boleh mengesahkan bahawa kenyataan yang mengatakan JDT berminat untuk mengambil Brendan Gan (ketika itu) adalah tidak benar sama sekali.”

Di ruangan komen, ramai netizen meminta agar pihak JDT memperhalusi dahulu cerita itu. Ini kerana mereka takut kenyataan Gan itu adalah kerana putar belit media.

Brendan Gan yang sejak akhir-akhir ini aktif memuatnaik status terbaru kecederaan ACL beliau. Pemain kebangsaan Malaysia itu kelihatan aktif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk pulih.

Anda boleh berkunjung ke Brendangan.com untuk melihat banyak perkongsian positif daripada Gan terutama sekali tentang ACL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN