Penjaga gol Liverpool Alisson Becker tampil menjelaskan rutin yang beliau terpaksa lakukan di Melwood.
Skuad utama Liverpool sebelum ini diberikan arahan untuk menjalani latihan secara individu di rumah masing-masing, setelah pusat latihan terebut ditutup dalam usaha membanteras penularan wabak coronavirus.
Namun bagi beberapa pemain termasuk Alisson ia dikecualikan untuk membenarkan mereka terus menjalani rawatan akibat kecederaan di bawah pemerhatian pakar perubatan kelab.
Alisson tidak beraksi sejak kekalahan kepada Chelsea di pusingan kelima Piala FA pada awal Mac, dan terlepas aksi penting menentang Atletico Madrid di pertandingan UEFA Champions League beberapa minggu yang lalu akibat kecederaan pinggul.
Melalui perkongsian di Instagram, penjaga gol Brazil itu berkongsi mengenai langkah yang diambil oleh kelab untuk memastikan pemulihan beliau mengikut jadual, dan meminimakan impak terhadap coronavirus.
“Arahan pihak kelab ialah supaya semua orang kekal berada di rumah. Kes saya sedikit berlainan kerana saya mengalami kecederaan,” kata penjaga gol itu.
“Saya bersyukur ia [kecederaan] tidak berapa teruk. Tetapi setiap kecederaan memerlukan rawatan tapi dan saya meneruskannya di pusat latihan.
“Saya tidak berhubung secara langsung dengan rakan sepasukan kerana mereka berada di rumah masing-masing.
“Saya hanya berhubung terus dengan fisio dan jurulatih penjaga gol yang memantau proses rawatan.
“Sepanjang tempoh ini, kami juga turut mengambil langkah penjagaan seperti mencuci tangan, jangan menyentuh muka, mulut, hidung dan juga mara.”
“And within these situations, we also take all the necessary precautions for all recommendations, such as hand hygiene, not touching the face, not touching the mouth, nose, eyes.
“Rutin saya telah ditetapkan. Saya meninggalkan rumah, terus ke pusat latiham. Selesai sesi, saya terus kembali ke rumah dan terus berada di kediaman.”
Selain Alisson, tiga pemain lain yang turut dijadualkan menjalani rawatan di Melwood adalah Xherdan Shaqiri, Nathaniel Clyne dan Yasser Larouci.