Alisson Becker: Tiada Perbezaan Ketara Buat Empat Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir

Alisson Becker

Penjaga gol AS Roma, Alisson Becker menyifatkan bahawa keempat-empat pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah tidak mempunyai perbezaan yang ketara.

Penjaga gol utama skuad kebangsaan Brazil itu menjangkakan cabaran sukar bakal dihadapi pasukannya pada perlawanan bertemu Liverpool, namun beranggapan semi finalis yang beraksi musim ini mempunyai tahap yang sama.

AS Roma berjaya mencatatkan kemenangan dramatik 3-0 keatas Barcelona walaupun pendahulu La Liga itu mempunyai kelebihan 4-1 pada perlawanan pertama di Nou Camp.

”Ianya sentiasa menyeronokkan untuk mengetahui lawan mana yang akan ditentang,” jelas Alisson kepada Sky Sports Italia mengenai undian separuh akhir.

”Liverpool merupakan sebuah pasukan yang hebat. Mereka telah melakukan dengan baik dan semakin meningkat. Mereka masih belum tewas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, jadi mereka merupakan lawan yang sukar buat kami.”

”Tetapi apabila anda sudah sampai ke peringkat ini (separuh akhir), tiada perbezaan ketara diantara semua pasukan.”

”Ia bagus untuk kembali bertemu dengan (Mohamed) Salah. Kami semua menyayangi dia. Saya juga berkawan baik dengan (Roberto) Firmino, tetapi mereka semua adalah pemain yang hebat.”

Pendapat yang disuarakan oleh Alisson Becker ini disokong ketua pasukan AS Roma, Daniele De Rossi.

Rossi juga percaya beliau dan rakan sepasukannya mampu untuk menundukkan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu.

”Kami telah melihat undian yang dilakukan dan terdapat beberapa perkara akan berubah sedikit, sesiapa juga yang akan kami temui pada akhirnya. Di peringkat ini, semua pasukan, Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich adalah pasukan yang hebat. Luar biasa.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN