Alisson Becker: ‘Goleiro Gato’ Dari Brazil, Kini Sandaran No.1 Liverpool

Alisson

Ketika Jurgen Klopp ditanya mengenai masalah penjaga gol yang sering dialami oleh Liverpool pada Februari lalu, pengendali dari Jerman itu jelas mempunyai penyelesaian lain mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata: “Cara penyelesaian yang paling saya gemari ialah sentiasa melihat kepada pemain yang kita miliki. Mereka akan tampil mengambil tanggungjawab, menampilkan aksi mereka, dan kemudian berusaha meningkatkan prestasi masing-masing.”

Benar. Seperti kata pujangga orang bijak pandai: anda tidak semestinya memiliki apa yang anda hajati. Demikianlah Klopp terus menyandarkan posisi penjaga gol kepada Loris Karius dan Simon Mignolet secara bergilir pada ketika itu.

Perubahan angin di Anfield

Lima bulan kemudian dua kesilapan mudah oleh Karius dan Piala Dunia menyaksikan Liverpool berbelanja £67 juta untuk penjaga gol Brazil dari Roma, Alisson Becker.

Bukan itu sahaja. Selepas berjaya mengesahkan penyertaan di UEFA Champions League (UCL), dan juga dana hasil jualan Philippe Coutinho ke Barcelona, tidak salah untuk melabel Liverpool telah berjaya membina sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kali pertama sejak 25 tahun yang lalu.

Alisson

Seperti mana yang ditampilkan sejak 2015, skuad kendalian Klopp bersandarkan corak permainan pressing yang efektif, pantas, dan kualiti barisan tiga pemain di jentera serangan.

Hari ini, skuad yang dikendalikan oleh jurulatih berusia 51 tahun tampak lebih stabil di semua posisi.

Ketibaan Virgil van Dijk pada Januari lalu adalah sebab utama Liverpool kurang berbelanja pada musim panas sebelumnya. Kemudian Fabinho, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri menyusul.

Fabinho

Adakah Alisson adalah ‘kepingan akhir’ yang hilang dari skuad Klopp ini?

Kenali Alisson Becker, ‘goleiro gato’ Brazil

Secara relatif, bekas penjaga gol Roma ini masih kurang pengalaman. Namun ia sepatutnya menjadi sebab mengapa penyokong Liverpool harus teruja.

Pada usia 25 tahun, Alisson hanya telah beraksi selama satu musim penuh di Eropah, namun telah menunjukkan peningkatan prestasi yang mengkagumkan sepanjang tempoh itu.

ROME, ITALY – APRIL 28: Alisson Becker of AS Roma kicks the ball during the serie A match between AS Roma and AC Chievo Verona at Stadio Olimpico on April 28, 2018 in Rome, Italy. (Photo by Paolo Bruno/Getty Images)

Jika Alisson mampu mengelakkan diri dari kecederaan yang serius, ini bermakna beliau mampu meneruskan usaha untuk memperbaiki permainannya di bawah Klopp, dan menjadi penjaga gol utama Liverpool untuk dekad seterusnya.

Ini sekaligus akan merasionalkan label penjaga gol termahal dunia untuk seorang penjaga gol.

Alisson dilahirkan di Rio Grande do Sul State di Brazil dan memulakan karier bola sepak dengan menyertai akademi kelab tempatan, Internacional.

Bersama Internacional, Alisson berpeluang menampilkan aksi di peringkat negeri dan kejohanan kebangsaan. Sebelum menyertai Roma pada 2016, Alisson telah merekodkan 83 penampilan bersama skuad utama Internacional.

SAO PAULO, BRAZIL – JUNE 13: Alisson of Internacional in action during the match between Corinthians and Internacional for the Brazilian Series A 2015 at Arena Corinthians stadium on June 13, 2015 in Sao Paulo, Brazil. (Photo by Alexandre Schneider/Getty Images)

Bersama skuad La Lupa, ketibaan Alisson pada mulanya ialah sebagai penjaga gol nombor dua di belakang Wojciech Szczesny selama semusim tanpa sebarang penampilan.

Hanya selepas Szczesny berhijrah ke Juventus, barulah Alisson mempunyai peluang beraksi di Stadio Olimpico dengan 37 penampilan Serie A untuk membantu Roma mengakhiri saingan Serie A di tangga ke-3 pada musim lalu.

Turut membantu Roma layak sehingga ke separuh akhir UCL sebelum disingkirkan oleh Liverpool juga satu pencapaian mengkagumkan buat Alisson di musim pertama penuh beliau beraksi bersama Roma.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Dikenali sebagai ‘goleiro gato’ di Brazil yang bermakna penjaga gol yang tampan, Alisson menolak karier di dalam bidang modelling untuk bola sepak.

Jurulatih penjaga gol Roma, Roberto Negrisolo mempunyai pendapat beliau tersendiri mengenai Alisson.

“Alisson lebih bernilai dari itu. Ramai tidak sedar akan keupayaan beliau. Alisson seperti Messi bagi posisi penjaga gol. Beliau adalah seorang penjaga gol moden yang boleh mendefinisikan satu era baru.” -Negrisolo.

Mengapa Liverpool perlukan Alisson?

Soalan mudah yang sering ditanya oleh mana-mana kelab ketika ingin membawa masuk pemain baharu ialah, adakah pemain ini lebih baik dari pemain sedia ada?

Di dalam kes dan senario di Liverpool, jawapannya ialah ya.

Karius dan Mignolet sebenarnya tidak seteruk mana sepanjang tempoh karier mereka di Anfield. Kedua-duanya pernah mempunyai tempoh terbaik sebagai penjaga gol utama, namun turut mempunyai isu tidak konsisten dengan kesilapan-kesilapan mudah yang terus menghantui kedua-duanya.

Statistik oleh OPTA Joe

Agak tidak adil untuk menilai prestasi penjaga gol dari jumlah ‘cleansheet’ dan jumlah dibolosi dengan mengambil kira kualiti pemain pertahanan yang beraksi di hadapan mereka.

Namun statistik di atas mungkin sedikit melegakan penyokong Liverpool jika jumlah kesilapan oleh penjaga gol diambil kira.

Jika penjaga gol seperti David de Gea contohnya, merupakan seorang penjaga gol yang mampu memenangi mata untuk pasukan, maka ianya adalah bonus.

(Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)

Tetapi syarat minimum untuk seorang penjaga gol yang beraksi di eropah ialah untuk seorang penjaga gol yang tidak melepaskan mata akibat kesilapan individu di hadapan gawang.

Alisson sepatutnya tidak berhadapan masalah untuk membiasakan diri dengan corak permainan Liverpool. Di Itali, Roma adalah pasukan yang memiliki penguasaan bola tertinggi di kalangan pasukan Serie A yang lain pada musim lalu.

Ini bermakna, Alisson sudah biasa berada di posisi ketika pasukannya mendominasi perlawanan, atau melibatkan diri dalam permainan sekiranya perlu untuk meneruskan penguasaan bola.

Manakala di kalangan penjaga gol utama di eropah, Alisson berada di kedudukan ke-3 di belakang De Gea dan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak dalam peratusan bola yang diselamatkan.

Peratusan bola yang diselamatkan juga bukan gambaran sebenar keupayaan seseorang penjaga gol. Ia turut dipengaruhi oleh bagaimana sistem pertahanan sesebuah pasukan.

High pressing Liverpool

Corak permainan bertahan oleh Liverpool adalah berbeza dengan apa yang diamalkan oleh Manchester United dan juga Atletico Madrid.

Liverpool gemar bertahan menggunakan taktikal high pressing di garis tinggi, sekaligus menghadkan penguasaan bola oleh pemain lawan di bahagian akhir pertahanan pasukan.

Namun sistem ini turut mendedahkan bahagian pertahanan Liverpool secara terbuka. Mana-mana penjaga gol di bawah kendalian Klopp akan berhadapan dengan situasi satu lawan satu dengan penyerang lawan lebih dari satu kali dalam setiap perlawanan.

Brazil’s goalkeeper Alisson and defender Brazil’s Marquinhos control the ball as Ecuador’s Miller Bolanos looks on during the Copa America Centenario football match in Pasadena, California, United States, on June 4, 2016. / AFP / Frederic J. Brown (Photo credit should read FREDERIC J. BROWN/AFP/Getty Images)

Ia juga menuntut seorang penjaga gol yang selesa mengawal bola dengan kaki, dan bijak melakukan hantaran untuk memulakan serangan balas. Dengan erti kata lain, Alisson ialah seorang ball-playing goalkeeper dan menepati profail penjaga gol yang Liverpool cari selama ini.

Rumusan

Sukar untuk mencari kelemahan Alisson sebelum penulis mengeluarkan artikel ini. Liverpool memiliki sumber kewangan untuk mendapatkan pemain, dan mereka berbuat demikian.

Biasanya, seseorang penjaga gol mempunyai kepakaran dalam menangani ancaman di dalam kotak penalti, atau berkebolehan dalam situasi satu lawan satu. Alisson mempunyai kelebihan di dalam kedua-dua aspek.

Ini bermakna Alisson mampu mengawal bahagian pertahanan, ketika Liverpool cenderung untuk melakukan pressing di garis tinggi dan pada masa yang sama cemerlang di dalam menghalang ancaman dari gerakan set-pieces.

Adakah Alisson adalah ‘kepingan akhir’ untuk melengkapkan Liverpool? Musim ini barangkali jeritan batin oleh penyokong Liverpool, ‘This Year Is Our Year’ lebih realistik untuk didendangkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN