Alisha Lehmann Tak Peduli Dengan Gangguan Di Media Sosial

Bintang Aston Villa, Alisha Lehmann mendedahkan yang beliau tidak akan pernah membiarkan gangguan di media sosial menjejaskan kehidupan beliau terutama karier bola sepaknya.

Pemain wanita itu mengakui yang beliau kerap menerima gangguan di media sosial dan hal itu berlaku setiap hari.

Namun begitu Alisha menegaskan yang beliau tidak akan pernah membenarkan dirinya untuk berfikir atau terkesan dengan segala gangguan itu.

Pemain berusia 24 tahun itu telah berjaya menjaringkan empat gol dan turut mencatatkan 2 assists dari 20 penampilan bersama Aston Villa musim ini.

Beliau mungkin tidak dikenali sebagai antara pemain bola sepak wanita terhebat di dunia, namun Alisha jelas sekali antara pemain wanita paling terkenal di dunia pada ketika ini.

Beliau bahkan dianggap sebagai artis media sosial berbanding pemain bola sepak dengan Alisha mempunyai lebih dari 13 juta pengikut di laman Instagram miliknya.

Alisha Lehmann juga turut mempunyai lebih dari 7 juta pengikut di TikTok dan beliau juga mempunyai 173,000 pengikut di laman Twitter.

Hal itu menyebabkan beliau menjadi pemain wanita yang paling ramai pengikut di media sosial pada ketika ini.

Boleh dikatakan Alisha sering memuat naik status tentang kehidupan seharian beliau dan paling sering beliau akan berkongsi tentang karier bola sepaknya.

Bekas bintang West Ham United itu juga mengakui yang beliau sebelum ini sempat berharap agar orang akan lebih mengenalinya dari karier bola sepaknya berbanding sebagai artis di media sosial.

Dalam satu temu bual bersama talkSPORT, pemain kebangsaan Switzerland itu mendedahkan bahawa:

“Segelintir orang hanya kenal saya di Instagram dan media sosial dan mereka bahkan tak tahu yang saya sebenarnya bermain bola sepak, ketika saya tak muat naik status bermain bola sepak selama seminggu, orang akan kata, ‘oh dia memang tak main’.”

“Saya rasa kadang kala agak sukar kerana jelas sekali saya bermain setiap hari, berlatih setiap hari, sama seperti orang lain, saya bermain setiap minggu dan kadang kala sukar kerana mereka beri gambaran sendiri terhadap kamu.”

“Saya benar-benar seorang pemain bola sepak. Saya bekerja keras setiap hari. Saya mahu berikan yang terbaik dari saya dalam karier bola sepak dan itu adalah hal paling utama dalam hidup saya.”

Walau bagaimanapun, dek kerana penampilan beliau yang sangat seksi, cantik, ayu, jelita, manis, bergaya, menawan bak wanita Switzerland terakhir, maka tidak hairanlah mengapa beliau teruk diganggu di media sosial.

Segala jenis gangguan diterima oleh beliau dan hal itu berlaku hampir setiap hari.

Namun begitu, pemain berusia 24 tahun itu menegaskan yang beliau tidak lagi terkesan tentang hal tersebut dan ia tidak akan beri kesan kepada kariernya.

Bercakap kepada Football Daily, Alisha mendedahkan bahawa:

“Jelas sekali, ia bukan perkara yang baik dikatakan oleh mereka kepada kami kerana kami pemain bola sepak berusaha keras setiap hari. Tapi, bagi diri saya sendiri, ia beri saya kekuatan tambahan kerana saya merasa kamu 100 peratus berminat tentang saya.”

“Jadi kenapa kamu perlu katakan itu? Ia mungkin kerana kamu cemburu atau orang memang tak nak tengok itu atau mereka sekadar bosan dengan hidup mereka dan mungkin itu saja ada di fikiran mereka.”

“Sebalik komputer, memang mudah untuk cakap macam-macam, kerana saya tak rasa seseorang akan berani berdiri di depan kami di depan pemain bola sepak wanita dan kata, ‘kamu sangat teruk, perempuan tak boleh main bola’.”

Alisha Lehmann kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan yang beliau hanya akan terkesan andai keluarganya membaca segala gangguan itu.

“Saya tak begitu peduli (tentang komen dan gangguan di media sosial). Saya tak baca semua tu. Ia lebih kepada tentang keluarga saya kerana kadang kala saya rasa bersalah tentang itu. Bila mak saya kirim hal itu saya akan kata, ‘Mak, jangan baca itu, ia tak penting.”

“Ia tak beri kesan kepada saya kerana saya tahu semua orang itu tak penting untuk saya, ia lebih kepada menjengkelkan untuk saya ketika keluarga saya baca atau seseorang yang rapat dengan saya tanya saya tentang itu.”

“Saya biasanya kata, ‘Dengar, ia tak beri kesan kepada saya. Saya kuat dengan apa saya lakukan dan jika orang tak gembira tentang itu, maka itu pilihan mereka. Ia tak beri kesan kepada saya.”

Lehmann dijangka akan ke Australia pada musim panas ini untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Switzerland dalam aksi Piala Dunia wanita.

Namun begitu, beliau kini sedang dalam usahanya mahu berikan yang terbaik kepada Aston Villa dalam aksi saingan Women Super League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN