Alif Ikmalrizal Buktikan Penang Tak Perlu Bergantung Penuh Buat Penyerang Import

Penyerang muda Penang, Alif Ikmalrizal boleh dianggap sedang melalui musim terbaik beliau dalam karier bola sepak profesional selepas mencipta nama dengan cukup gah di pentas antarabangsa.

Walaupun pertama kali dipanggil E. Elavarasan untuk skuad bawah 23 (B-23) negara, Alif tidak mengambil masa yang lama untuk memenuhi kehendak jurulatih tersebut selaku penggempur utama Malaysia.

Untuk saingan Piala AFF B-23 yang baru sahaja melabuhkan tirai beberapa hari lalu, nama pemain ini secara tiba-tiba mendapat perhatian penuh selepas ketajamannya memberi impak besar dalam setiap perlawanN dihadapi Malaysia.

Daripada tiga penampilan penyerang muda itu bersama Malaysia, Alif telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan bersama satu bantuan jaringan dan dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan tersebut bersama bintang Vietnam, Dinh Xuan Tien.

Kehadiran Alif yang tajam di posisi serangan musim ini bersama Penang menyaksikan pemain itu mendapat perhatian Elavarasan untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

Bersama Penang, Alif mempamerkan taringnya terlebih dahulu bersama skuad MFL selaku penyerang utama sebelum diberi ruang untuk pasukan utama dalam saingan Liga Super.

Hasilnya, daripada sembilan penampilan selaku pemain gantian Alif telah pun meledak tiga jaringan keseluruhan bersama enam percubaan tepat ke arah gawang gol lawan.

Memiliki fizikal yang tinggi serta tegap, kelibat serta gaya permainan dipamerkan Alif persis penyerang berbisa Singapura kini iaitu Ikhsan Fandi, dan pastinya beliau juga mempunyai potensi tersebut memandangkan pemain itu masih lagi muda.

Penang yang mempunyai isu ketumpulan di posisi serangan musim ini mungkin perlu lebih kerap memberi peluang kepada Alif selepas ini untuk sesekali mengetuai serangan dalam kesebelasan utama.

Pada usia masih muda, penyerang ini perlu dibangunkan segera untuk menjadi aset berharga buat Penang selain mengharapkan kepada kualiti import semata-mata.

Malah, posisi penyerang dalam kalangan pemain tempatan kini agak kritikal dan kehadiran Alif sangat ditagih untuk masa depan bola sepak negara di pentas antarabangsa.

Pada usia 21 tahun, Alif memiliki potensi yang masih besar untuk terus membangun dan inilah cabaran kepada kejurulatihan Penang untuk membentuk pemain tersebut mampu membarisi skuad senior kebangsaan pada masa hadapan.

Selain Alif, seorang lagi penyerang negara yang memiliki potensi besar untuk turut menyerlah terarah kepada bintang muda Selangor iaitu Aliff Izwan Yuslan dan beliau juga perlu diberi penekanan oleh kelab bagu menaikkan terus keyakinan dirinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN