Ali Olwan Antara Bintang Paling Menyerlah Ketika Atasi Jeonbuk Hyundai

Penyerang import Selangor iaitu Ali Olwan menjadi antara nama pemain paling menyerlah ketika pasukan itu mencatat kemenangan 2-1 mengatasi cabaran wakil kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai.

Terdahulu, The Red Giants secara rasminya berjaya memperoleh kemenangan kedua mereka musim ini di pentas AFC Champions League Two (ACL 2) selain turut tidak mencipta sebarang kekalahan selepas mengharungi tiga perlawanan.

Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Nidzam Jamil membuktikan kelab dari Malaysia juga mampu memberi persaingan cukup besar kepada pasukan gergasi dari Korea Selatan menerusi kemenangan 2-1.

Pada aksi itu, Selangor mencipta kejutan tersendiri pada minit ke-31 menerusi Harith Haiqal serta disusuli oleh Ali Olwan berselang dua minit kemudian.

Sementara Jeonbuk pula hanya memperoleh satu jaringan tunggal menerusi ledakan Kwon Chang-hoon pada minit ke-40 sebagai sagu hati untuk dibawa pulang ke Korea Selatan.

Sepanjang aksi berlangsung, kami menyenaraikan tiga pemain Selangor yang dianggap berjaya mempamerkan aksi cukup cemerlang untuk mengetepikan cabaran Jeonbuk di laman sendiri.

Ali Olwan

Penyerang dari Jordan ini memainkan peranan cukup besar selaku sayap kiri buat Selangor dengan mencetuskan banyak siri serangan berbahaya yang mengundang ancaman besar kepada lawan.

Selain meledak satu gol, Ali juga sebenarnya mempunyai beberapa peluang lagi untuk menambah koleksi jaringan sebelum ia dinafikan oleh penjaga gol pelawat.

Paling mencuri tumpuan, pastinya kekuatan fizikal serta kualiti skil permainan ditampilkan beliau yang berjaya beberapa kali memberi masalah kepada pasukan lawan.

Harith Haiqal

Tidak dinafikan, Harith merupakan pemain paling berkualiti buat The Red Giants sepanjang aksi berlangsung selaku pertahanan kental pasukan berkenaan.

Diberi lilitan selaku kapten, Harith mempamerkan ciri kepimpinan cukup besar buat pasukan berkenaan serta jaringan beliau berjaya mempengaruhi Selangor daripada segi motivasi sehingga tercetusnya gol keria permainan.

Pada usia masih muda, bintang Harimau Malaya itu menjalankan tugas dengan cukup baik serta membentuk kombinasi cukup positif bersama Umar Eshmurodov untuk menghalang gerakan lawan.

Azim Al Amin

Siapa sangka, pada usia 23 tahun beliau berjaya mempamerkan aksi cukup matang serta menyakinkan buat The Red Giants selaku penjaga gol utama.

Ketangkasan Azim jelas memberi kesukaran buat rangkaian serangan Jeonbuk sepanjang aksi berlangsung selepas beliau tenang menepis banyak percubaan berbahaya daripada pelawat.

Selain itu, Azim juga memiliki kepakaran untuk membuat hantaran jauh tepat serta memastikan rakan pertahanan lain membentuk kombinasi lebih baik di hadapan beliau untuk mengelak daripada dibolosi.

Kredit Foto: Haliff Halim eksklusif buat Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN