Kerana Aksi Hambar, Kelab Penyokong Kelantan Mahukan Alfredo Gonzales Direhatkan

Selepas aksi yang tidak menyakinkan terutamanya ketika menentang pihak lawan dari Liga Super seperti Kelantan dan Melaka United, penyokong Kelantan sudah mula mahu Alfredo Gonzales direhatkan.

Gonzales yang merupakan Pengarah Teknikal pasukan setakat ini telah mencatatkan 2 kekalahan dari 3 perlawanan selepas cuti Aildifitri:

  • Kalah 2-0 lawan Sarawak
  • Menang 3-1 lawan UiTM FC
  • Kalah 3-0 lawan Melaka United
Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my.

Gabungan Kelab Penyokong Kelantan (GPK) dikatakan mahu Gonzales direhatkan dengan peluang diberikan semula kepada Zahasmi Ismail.

“Kami bukan nak Gonzales disingkirkan sepenuhnya akan tetapi biarlah beliau direhatkan terlebih dahulu buat sementara waktu.”

“Biarkan tugas diserahkan semula kepada Zahasmi buat masa ini.”

Zahasmi nyata merupakan watak yang sering disenangi oleh majoriti penyokong Kelantan sewaktu beliau menjadi jurulatih pasukan.

Menurut GPK, skuad Kelantan dikatakan masih tercari-cari rentak untuk bermain walaupun berjaya mendapatkan kemenangan menentang UiTM FC di Kota Bharu.

“Pasukan Kelantan kini masih lagi terkial-kial mencari gaya permainan ketika menentang UiTM FC di Kota Bharu.”

“Selepas itu, kami dimalukan pula dengan kekalahan di tangan Melaka United.”

Bagi GPK, penyelesaian terbaik ketika ini adalah memberikan kuasa penuh kepada Zahasmi dengan Gonzales hanya diberi tugas sebagai pemantau dalam bahagian kejurulatihan.

Sumber:

  1. Sinar Harian (2017): Mahu Gonzales direhatkan; http://www.sinarharian.com.my/sukan/mahu-gonzales-direhatkan-1.699680

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN