Alexis Sanchez Tidak Mahu Kembali Ke Manchester United

alexis-sanchez-inter-manchester-united

Pemain pinjaman Inter Milan, Alexis Sanchez nampaknya menolak untuk kembali ke Old Trafford walaupun Ole Gunnar Solskjaer dikatakan mahukan beliau pulang.

Dipinjamkan ke Inter Milan pada permulaan musim yang lalu, kontraknya bersama kelab tersebut sepatutnya berakhir pada 30 Jun, namun disebabkan pandemik COVID-19, ianya dilanjutkan sehingga ke penghujung musim Serie A pada 2 Ogos.

Kenapa perlu balik?

Menurut laporan Mirror, pemain tersebut tidak nampak masa depannya bersama Manchester United dan sepanjang beraksi bersama bekas pengurusnya, Antonio Conte di Inter, beliau merasakan dirinya telah mendapat semula prestasi terbaiknya.

Dalam 11 perlawanan, Sanchez telah terlibat dalam 10 gol iaitu meledak tiga gol dan membuat tujuh bantuan gol. Kecemerlangannya dilihat telah menyebabkan Inter Milan berminat untuk meneruskan kontrak pinjamannya, namun ditolak The Red Devils.

Menurut sumber, “Alexis tidak nampak mengapa dia perlu kembali ke Manchester. Dia gembira dengan di mana dia berada ketika ini. Segalanya tidak menjadi buat dirinya di United dan mahukan kelab memahami yang dia mahu meninggalkan mereka.”

Dengan perkhabaran Solskjaer mengejar rapat Jadon Sancho untuk bersama mereka, Sanchez merasakan yang tiada guna untuk beliau kembali jika sekadar untuk memanaskan bangku simpanan dan juga bergelut sepertimana sebelum ini.

Belum capai kata sepakat

Dalam pada itu, media Itali, Tuttosport dikatakan melaporkan yang Inter Milan telah menawarkan £9 juta, sementara Manchester United mahukan £18 juta untuk bersetuju melepaskan pemain berusia 31 tahun itu. Belum ada kata putus mengenainya.

Namun, perbincangan antara Sanchez dan Inter dikhabarkan sudah selesai dengan pemain skuad kebangsaan Chile itu telah bersetuju dengan terma-terma antara mereka. Menurut laporan Corriere della Sera, Inter tetap dengan nilai £9 juta.

Dengan prestasi yang memuncak sejak pulih daripada kecederaan dan liga kembali bersambung, Manchester United kembali berminat untuk memberi peluang kedua buatnya memulihkan kariernya bersama mereka yang kurang menjadi sebelum ini.

Dengan penyertaan Jadon Sancho belum direalisasikan sehingga saat ini, mungkin membawa pulang Sanchez yang dalam kemuncak prestasi adalah pilihan terbaik.

Masih berbaki dua tahun kontrak

CEO Inter, Giuseppe Marotta pula menjelaskan ianya memalukan jika mereka gagal mencapai kata sepakat. Tambahnya lagi, “Ia bukanlah mudah [perpindahan Sanchez] kerana dia masih berbaki dua tahun kontrak bersama Manchester United.”

Sanchez gagal menyerlah selepas menyertai The Red Devils secara percuma daripada Arsenal pada musim 2018 dan masih berbaki dua tahun kontrak dengan gaji £500 ribu seminggu. Dalam 45 penampilan, beliau tenggelam dan gagal di sana.

Oleh itu, penyertaannya bersama kelab di Serie A itu telah menghidupkan kembali kariernya yang suram dan merasa tidak perlu untuk kembali ke Premier League.

Adakah nilai £9 juta yang ditawarkan oleh Inter berpatutan? Walaupun Manchester United dikatakan mahu memberikannya peluang selepas ini, namun ia tampak samar. Samaada beliau dibekukan di bangku simpanan atau gagal untuk kali kedua.

Penutup

Jadon Sancho adalah sasaran utama Solskjaer untuk mengukuhkan Manchester United yang bakal bersaing di Champions League musim hadapan menjadikan Sanchez adalah pilihan kedua, jika perpindahan itu gagal di tengah jalan.

Tetapi, tidak semestinya beliau adalah pilihan untuk turun ke padang kerana persaingan untuk kesebelasan utama di posisinya boleh dikatakan agak sengit.

KREDIT FEATURED IMAGE: SEMPREINTER

Baca lagi artikel mengenai Alexis Sanchez:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN