The Sun sekali lagi tampil dengan kontroversi lagi apabila melaporkan Alexis Sanchez ada bertaruh dengan rakan sepasukan sebanyak £20,000 – bahawa Jose Mourinho akan dipecat.
Sanchez yang masih dalam proses pemulihan kecederaan telah membuat kenyataan membidas The Sun menerusi Twitter beliau. Sanchez melabel berita itu dengan cop di atasnya dengan label ‘false’.
Pada edisi Jumaat lalu – The Sun menulis Sanchez menghantar pesanan WhatsApp kepada rakan sepasukan bahawa Jose Mourinho akan dipecat.
Sanchez menafikan perbuatan tidak bermaruah itu dan mendedahkan hubungan beliau dan Mourinho sangat baik. Sanchez berkata: “Ini [berita] palsu! Bos membawa saya masuk menyertai pasikan terbaik di dunia, dan saya hanya ada perasaan sangat berterima kasih dengan beliau.”
“Kita adalah Manchester United. Hormat [respect]. Saya sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dan membantu pasukan. Kita akan menempuhinya bersama-sama. Selamat maju jaya kepada keluarga [pasukan] kita esok.”
Esto es FALSO!!!. El mister me trajo al mejor equipo del mundo y solo tengo agradecimiento para él. Somos un equipo unido de verdad. Somos el MANCHESTER UNITED. Respeto. No veo la hora de poder ayudar al equipo, vamos a salir adelante juntos. Buena suerte mañana familia ! pic.twitter.com/mKDTVOwsrj
— Alexis Sánchez (@Alexis_Sanchez) December 21, 2018
The Sun dalam artikel mereka menulis, pemain flop bergaji £505,000 seminggun – Manchester United telah menghantar pesanan WhatsApp kepada Marcos Rojo. The Sun kemudian menulis: “Saya dah cakap bukan? Cuma perlu sabar. Rojo kamu berhutang £20k dengan saya.”
Sebelum itu, abang kepada Connor Coady juga membidas The Sun yang melaporkan mereka ada menemui adiknya. Sedangkan Connor Coady – bekas pemain akademi Liverpool – pernah memberitahu pengurusan Wolves bahawa beliau memboikot sebarang temu ramah dengan The Sun. Ini sebagai solidariti kepada 96 mangsa pembohongan The Sun.
For the record my brother would never ever ever do an interview for the sun and has told the wolves press officer that he never will do. #DontBuyTheSun #JFT96 pic.twitter.com/chsZB3YvYN
— Harrison Coady (@harrisoncoady8) December 21, 2018
The Sun telah menjadi mangsa kecaman ramai pihak kerana berita sensasi yang tidak berasas.