Alexis Sanchez Ditawarkan Ke Real Madrid Selepas Ditolak PSG

Alexis Sanchez dilaporkan menyesal kerana memilih untuk menyertai Manchester United pada Januari lalu- dan dikatakan merancang untuk meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan Januari akan datang.

Sanchez menyertai Manchester United dari Arsenal- turut menyaksikan Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Emirates- dalam perjanjian yang dilakukan di antara dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

(Photo by Getty Images)
PSG pilihan pertama

The Independent melaporkan pemain antarabangsa Chile itu mengintai peluang untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Namun akhbar yang sama kemudiannya juga melaporkan kelab Ligue 1 itu tidak mempunyai sebarang minat untuk membawa bekas pemain Barcelona itu ke Parc des Princes.

Sejak beberapa musim yang lalu PSG adalah antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu selain Manchester City- namun kini menolak minat untuk mendapatkan Sanchez- selepas menandatangani Neymar dan Kylian Mbappe.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Prestasi terkini pemain itu bersama United juga tidak memungkinkan City akan tampil untuk khidmat beliau di Etihad.

Jumlah gaji yang tinggi diterima oleh Sanchez di Old Trafford pada hari ini bermakna hanya beberapa kelab mampu memenuhi tuntutan gaji pemain itu.

Ejen tawarkan Sanchez ke Real Madrid

Dalam perkembangan terbaru, Fox Sport melaporkan Sanchez akan ditawarkan oleh ejen beliau untuk menyertai Real Madrid.

Laporan tersebut mula dilaporkan oleh El Chiringuito – sebuah rancangan TV di Sepanyol- yang bertangappan Real Madrid mampu mengembalikan prestasi Sanchez sepertimana ketika beliau masih bersama Arsenal.

Sama ada Real Madrid berminat atau tidak untuk mendapatkan pemain itu adalah perkara lain. Namun Sanchez dikatakan sudah bertekad untuk mencari jalan keluar dari Old Trafford.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Los Blancos boleh menjadi destinasi tepat untuk Sanchez jika benar kelab tersebut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau, mengambil kira pengalaman pemain itu di La Liga ketika bersama Barcelona.

Kelab Sepanyol itu juga dikatakan sedang mencari seorang pemain berpengalaman yang sudah terbukti kemampuannya untuk memperkasakan jentera serangan pasukan-dan nama Sanchez turut disebut berada di dalam senarai pertimbangan.

Namun sudah tentu segalanya juga terpulang kepada perancangan pengurus, Santiago Solari yang baru sahaja disahkan oleh kelab tersebut sebagai pengurus tetap Real Madrid.

(Photo by Anthony Devlin/PA Images via Getty Images)
Mimpi ngeri di Old Trafford

Karier Alexis Sanchez di Old Trafford jelas tidak berjalan seperti yang dirancang oleh Manchester United dan Sanchez sendiri.

Pemain itu hanya mampu menjaringkan empat gol dari 29 penampilan bersama juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu sejak pemain itu menyertai skuad kendalian Jose Mourinho pada Januari 2018.

Malah prestasi buruk Sanchez menyebabkan beliau turut sekadar diletakkan di bangku pemain simpanan, dan adakalanya tidak berada langsung di dalam skuad ketika hari perlawanan.

Manchester United dijangka tidak mempunyai sebarang masalah melepaskan pemain itu demi kebaikkan kedua-dua pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN