Isu Kontrak Semasa, Alexis Sanchez Mahu Kekal Di London

Alexis Sanchez dan Mesut Ozil masih tidak menandatangani kontrak baru dengan Arsenal.

Hal itu disahkan sendiri oleh Arsene Wenger beberapa minggu lalu yang menyatakan beliau masih gagal mendapatkan tandatangan Sanchez dan Ozil.

Wenger juga menggambarkan, kontrak Sanchez dan Ozil mungkin hanya akan ditentukan oleh kedua-dua pemain selepas musim berakhir.

LONDON, ENGLAND – APRIL 18: Mesut Oezil of Arsenal and Alexis Sanchez of Arsenal make their way out for the second half during the FA Cup Semi-Final match between Arsenal and Reading at Wembley Stadium on April 18, 2015 in London, England. (Photo by Michael Regan – The FA/The FA via Getty Images)

Ini sudah pasti merisaukan peminat-peminat Arsenal. Pemain antarabangsa Chile ini juga mulai dikaitkan dengan perpindahan ke kelab musuh Arsenal iaitu Chelsea.

Alexis Sanchez seakan-akan menguatkan lagi rumors ke Chelsea ketika bercakap kepada El Grafico di Chile.

Sanchez tidak mahu memberikan jaminan akan kekal di Arsenal namun mahu kekal di London.

Sanchez berkata:

“Saya gembira di London dan buat masa ini akan bermain di Arsenal sehingga kontrak saya tamat.”

Kontrak semasa Alexis Sanchez di Arsenal akan tamat pada 2018. Beliau menambah lagi:

“Saya mahu kekal di sini dan bermain dengan pasukan di London. Saya mahu bermain dengan pasukan yang ada aspirasi.”

“Saya baru 28 tahun dan masih banyak yang boleh saya lakukan dalam karier. Saya adalah pemain yang sangat mengambil berat tentang diri sendiri.”

Sanchez setakat ini sudah menjaringkan 64 gol bersama Arsenal untuk semua petandingan. Beliau juga memenangi Piala FA pada musim pertama beliau di Arsenal.

Ramai peminat resah dengan rumors Sanchez ke Chelsea. Ini kerana mereka pernah menyaksikan Arsene Wenger pernah menjual Robin Van Persie ke Manchester United dengan harga £24 juta.

Baca juga: Rumors Perpindahan £100 Juta Ke Real Madrid, Hazard Sayangkan Kota London

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN