Pengendali Thailand, Alexander Polking ternyata kecewa dengan keputusan yang dialami oleh skuad kendaliannya meskipun menguasai permainan dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Biarpun mencipta peluang demi peluang dalam perlawanan tersebut, tetapi Thailand masih gagal menjaringkan gol.
#ChangsuekLive Full Time หมดเวลาการเเข่งขัน ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน 2022 รอบรองชนะเลิศ นัดแรก
🇲🇾 ทีมชาติมาเลเซีย 1-0 ทีมชาติไทย 🇹🇭
#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 #ผลบอล pic.twitter.com/pxck3I6vfT— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 7, 2023
“Sudah tentu saya kecewa kerana saya tidak suka akan kekalahan. Sudah pasti mereka yang menonton perlawanan ini tidak percaya dengan keputusan yang kami alami.
“Tapi sebagai jurulatih, saya mesti tenang dan akan betulkan semula permainan pasukan terutama peluang di dalam kotak penalti dan cara pemain saya untuk mendapatkan jaringan,” katanya.
Tambah jurulatih berusia 46 tahun ini, beliau mempunyai pemain terbaik dan boleh menjaringkan gol maka mereka akan melakukan semula pada perlawanan di halaman sendiri pada selesa ini.
Dalam perlawanan malam tadi, jelas sekali skuad Gajah Perang lebih menguasai permainan dan pujian harus diberikan kepada pemain Malaysia kerana dapat menyerap segala tekanan dari pasukan lawan.
Tugas getir menanti Harimau Malaya selepas ini selepas hanya membawa bekalan satu gol sahaja ke sana.
#NextMatch ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน 2022 รอบรองชนะเลิศ
รายละเอียด : https://t.co/IbfjaKQeJt#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/FDXiw4rftP
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 3, 2023
Thailand selaku tuan rumah sudah pasti akan mendapat sokongan padu dari peminat mereka dan pasti akan bermain lebih agresif untuk mencari gol bagi memadam kelebihan yang Malaysia ada.